Seorang Penolong Jurutera Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pengsan selepas terdapat sampel sisa toksik didalam makmal jabatan itu bocor.
Mangsa lelaki berumur 30-an itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan kenderaan
orang awam.
Pegawai Bomba Kanan II Unit HAZMAT Johor, Mohd Hairinizam Mostapa berkata pihaknya menerima panggilan dari JAS mengenai perkara itu pada pukul 4.28 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota dengan tiga jentera.
Katanya ketika dilokasi di pejabat JAS yang terletak di Pusat Perdagangan Utama terdapat kebocoran sampel sisa toksik di dalam makmal JAS.
"Terdapat seorang mangsa telah pengsan dan dihantar ke hospital oleh orang awam. Pihak Bomba telah mengarahkan pegawai JAS untuk membuat pengungsian bangunan.
"Pasukan HAZMAT telah berada di lokasi dan membuat penyahcemar serta membuat kekangan terhadap sisa toksik tersebut dari merebak.
"Jenis bahan kimia masih belum dapat pengesahan atau pengecaman dibuat setakat ini. Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.
Operasi tersebut tamat pada jam 6.53 petang Khamis.
Astro Awani
Thu Mar 21 2019
Mangsa lelaki berumur 30-an itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan kenderaan orang awam. - Foto ihsan bomba
Tiga suspek termasuk pasangan kekasih warga Pakistan ditahan
Sindiket pemalsuan dokumen dan cap Imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di ibu negara, Isnin lalu.
Ujian Bahasa Inggeris, Tasawwur Islam di Johor Isnin ini seperti biasa
KPM telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri berhubung peperiksaan SPM dan cuti kelepasan am.
Malaysia rekod 88.3 juta penumpang udara 11 bulan pertama 2024
Malaysia merekodkan 88.3 juta penumpang udara bagi 11 bulan pertama 2024, sekali gus meletakkan negara di landasan tepat untuk mencapai unjuran trafik penumpang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bagi sepanjang tahun.
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel terus langgar gencatan senjata, bakar rumah di selatan Lubnan
Dalam pelanggaran terbaru terhadap gencatan senjata yang bermula pada 27 November 2024, tentera Israel telah menyerang dan membakar rumah di selatan Lubnan.
Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan
Elon Musk menuduh Joe Biden melakukan pengkhianatan berhubung penjualan bahan yang dimaksudkan untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico.
Pelabuhan Tanjung Pelepas terminal kontena pertama Malaysia kendali lebih 12 juta TEU
Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
[INFOGRAFIK] Strategi Malaysia sebagai pengerusi
Berikut adalah info berkenaan dengan strategi Malaysia sebagai pengerusi.
Sampel toksik dalam makmal bocor, seorang kakitangan JAS pengsan
Seorang Penolong Jurutera Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pengsan selepas terdapat sampel sisa toksik didalam makmal jabatan itu bocor.