PUTRAJAYA: Hari Wilayah Persekutuan 2023 akan disambut secara sederhana pada 1 Feb ini dengan pengurangan perbelanjaan hampir 10 kali ganda berbanding sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Seri Rosida Jaafar.
Beliau berkata ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan dan perbelanjaan yang dijimatkan itu juga akan digunakan sebagai bantuan untuk golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan.
"Kita bukan hapuskan terus (sambutan), tapi secara bersederhana dan berhemah. Kita tetap laksanakan program berkaitan dengan cara lain iaitu dengan komuniti, pihak sekolah dan swasta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan dan Bantuan Kasih Putrajaya di sini, hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 10,000 bendera Wilayah Persekutuan diedarkan kepada 60 persatuan penduduk, 54 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan 27 sekolah di Putrajaya sebagai memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Turut berlangsung penyerahan sumbangan baucar berjumlah RM300 kepada 100 penerima daripada golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Rosida berkata JWP telah mengeluarkan arahan untuk memasang dan mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di premis swasta atau milik persendirian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.
"Memang ada arahan begitu tapi tidaklah sampai nak menyaman. Kalau tak pamerkan mungkin tak dapat diskaun (pembaharuan) lesen. Kalau mereka pamerkan mungkin tahun depan lesennya kita kurangkan, ada diskaun dan 'goodies' yang lain," katanya ketika ditanya implikasi tidak memasang bendera seperti yang disarankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Hari Wilayah Persekutuan 2023 akan disambut secara sederhana pada 1 Feb ini dengan pengurangan perbelanjaan hampir 10 kali ganda. -Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk
Mohamad Sabu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana
Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan.