KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan kepada golongan B40 dan miskin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Seri Rosida Jaafar berkata SHWP 2023 mengambil tema 'Wilayah Persekutuan Untuk Semua' yang membawa maksud kepada aspirasi JWP untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh komuniti di Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata tema itu juga melambangkan nilai muafakat yang dimiliki oleh semua warga tidak kira latar belakang bangsa, kaum dan agama seterusnya menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang maju.
"Pemilihan tema ini adalah seiring dengan matlamat nasional Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada keterangkuman dan kesaksamaan dalam kalangan lapisan masyarakat majmuk khususnya di Wilayah Persekutuan.
"Saya percaya pemilihan tema ini mampu merangsang semangat kekitaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama memajukan serta memakmurkan bumi Wilayah Persekutuan ke arah sebuah bandar raya metropolitan lestari dan berdaya huni," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Beliau berkata program utama yang dijadualkan termasuk Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah, Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan dan Formasi Muzikal Air yang melibatkan pertunjukan air pancut berirama dan hiasan berlampu pada sepanjang bulan ini di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
"Turut diadakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang telah bermula pada 15 Jan hingga 28 Feb ini dan program Mucang-Mucang Se Wilayah yang merupakan sinonim kepada aktiviti gotong-royong dalam dialek Brunei.
"Selain itu, program lain yang dirancang adalah Program Jualan Peniaga dan Penjaja Kecil, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 2 Feb, Khutbah Jumaat Khas sempena SHWP 2023 pada 3 Feb dan Program Derma Darah," katanya.
Rosida berkata semua program SHWP 2023 disusun selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kementerian dan agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran bagi mengelak pembaziran perbelanjaan kerajaan.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-19 sejak diperkenalkan pada 2004.
Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974 manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001.
Sementara itu, Rosida berkata tadbir urus dan kawal selia Wilayah Persekutuan masih diletakkan di bawah fungsi JWP, walaupun bukan lagi berfungsi sebagai sebuah kementerian, JWP telah diletakkan secara terus sebagai sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Dalam hal ini, peranan dan fungsi JWP menjadi lebih signifikan memandangkan hal ehwal Wilayah Persekutuan kini ditadbir secara terus di bawah kawalan Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan," katanya.
Menurutnya, JWP kekal komited dalam meneraju Wilayah Persekutuan ke arah pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan melalui kerjasama strategik yang inklusif dalam menjamin kemajuan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan seiring dengan matlamat Malaysia Madani.
Rosida berkata JWP melalui Pelan Strategik JWP 2021-2025 telah menggariskan 78 program dan aktiviti yang terangkum dalam lapan Teras Strategi Utama iaitu Wilayah Bersih, Keselamatan Awam, Sistem Pengangkutan yang Efisien, Sosioekonomi Mampan, Persekitaran Hijau, Komuniti Inklusif, Perancangan dan Pengurusan Guna Tanah yang Mampan serta Tadbir Urus dan Keupayaan Organisasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
![Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643428808_HariWilayahPerseku.jpg)
SHWP 2023 juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. -Gambar fail/Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675235096_YangdiPertuanAgo.jpg)
Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk
Mohamad Sabu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan.
![Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643428808_HariWilayahPerseku.jpg)
Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
![Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674698675_TBWILAYAHPERSEKUTU.jpg)
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana
Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan.