KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada 16 Sept ini.
Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) sambutan itu, Sarawak diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sambutan pada tahun ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Jun 2020 yang antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Majlis dijadual bermula dengan acara prapersembahan pada 7 malam dan acara rasmi bermula pada 8.30 malam dengan ketibaan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang.
Menurut JKMP, sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan itu akan menggunakan tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".
Bagaimanapun, tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
"Segulai" membawa maksud bersatu dan bekerjasama di samping berpegang kepada pandangan yang sama manakala "Sejalai" pula membawa makna berjalan atau melangkah bersama ke hadapan.
"Cogan kata ini amat bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Ia menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI," menurut JKMP.
Antara pengisian menarik yang dijadualkan pada sambutan tersebut ialah upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia, perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Konsert Hari Malaysia.
Menurut JKMP, siaran langsung bagi sambutan itu akan dilaksanakan oleh RTM dan akan disambung siar oleh semua stesen televisyen penyiar utama iaitu TV3, Astro AWANI, TV AlHijrah, BERNAMA TV, TV Sarawak (TVS) dan SUKE TV. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
![Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870542_TBDUNBSWKjpg.jpg)
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 Sept ini. - Gambar fail
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728038250_songketmalaysia.jpg)
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
![Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726532194_HariMalaysiajalur.jpg)
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
![Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726533140_JalurGemilang.jpg)
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
![Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726499764_AnwarIbrahim.jpg)
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
![Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726469038_ChowKonYeow.jpg)
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
![Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726495928_AnwarIbrahimHari.jpg)
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
![Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726486743_SambutanhariMalays.jpg)
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
![Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang - Lee Chong Wei Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang - Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726477800_LeeChongWei.jpg)
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
![Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726477116_PerhimpunanSriAma.jpg)
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.