SHAH ALAM: Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini, ditangguhkan ke 10 Ogos kerana saksi pendakwaan terakhir kes itu masih positif COVID-19.
Pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memberitahu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bahawa saksi tersebut yang merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih positif COVID-19 dan dikuarantin sehingga 31 Julai.
"Jika diizinkan Yang Arif kami mohon sambung bicara kes ini diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu 10 hingga 12 Ogos depan," katanya.
Memandangkan tiada bantahan daripada peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini dan menetapkan 10 hingga 12 Ogos depan untuk menyambung perbicaraan.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara hari ini ditangguh ke 10 Ogos kerana saksi pendakwaan terakhir kes masih positif COVID-19. -Gambar fail/Bernama
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Integrasi nilai kenegaraan dalam kurikulum di semua peringkat pendidikan - Ahmad Zahid
Transformasi sistem pendidikan perlu bermula dengan mengintegrasikan nilai-nilai kenegaraan dalam kurikulum di semua peringkat pendidikan.
PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid
Calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Mahkota adalah daripada Barisan Nasional (BN).
Wajib hantar laporan pencapaian program usahawan, PMKS - Zahid
Pelaporan itu perlu dihantar kepada Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA).
Pastikan kemenangan calon UMNO, signifikan kepada PAU 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menggesa jentera kempen bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRK Nenggiri kerana ia signifikan kepada PAU 2024.
7,000 hektar tanah Kesedar sudah dipecah lot, dalam proses penukaran nama - Ahmad Zahid
Seluas 7,000 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sudah dipecahkan mengikut lot, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pendekatan holistik perlu untuk pastikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan - TPM
Kawasan desa dan luar bandar tidak harus ketinggalan dalam arus pembangunan, baik dari segi kesejahteraan penduduk dan ekonomi.
PRK Mahkota: “Belum ada perbincangan rasmi, jangan tuntut itu ini,” kata Zahid kepada Pemuda Amanah
Tuntutan Pemuda Amanah peringkat bahagian tidak sepatutnya berlaku kerana pimpinan peringkat Pusat masih belum duduk dan berbincang mengenai kerusi PRK Mahkota.
PRU16: KJ dakwa ada unjuran ramal Ahmad Zahid jadi PM ke-11
Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat satu unjuran yang meramalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri ke-11 jika BN bergabung dengan PH.
Syarikat pembinaan jangan 'pilih bulu', utamakan tenaga mahir tempatan - Ahmad Zahid
Semua syarikat pembinaan diingatkan agar tidak 'pilih bulu' dan perlu mengutamakan tenaga mahir tempatan dalam melantik pekerja sektor berkenaan.
Mohd Zuki individu penting pastikan dasar kerajaan dilaksana dengan berkesan - Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan Mohd Zuki sebagai individu yang memainkan peranan amat signifikan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.