PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) pada 16 hingga 17 Feb di Phnom Penh, Kemboja.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sesi AMM itu adalah mesyuarat berjadual yang pertama bagi negara-negara anggota ASEAN untuk tahun 2022.
Sesi itu akan dimulakan dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN (SOM) pada 15 hingga 16 Feb dan delegasi Malaysia ke ASEAN SOM diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar merangkap Pegawai Kanan ASEAN-Malaysia, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
"Antara isu yang akan dibincangkan menteri-menteri luar ASEAN adalah pelaksanaan serta tindakan susulan terhadap keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak yang Berkaitan; dan hubungan luar ASEAN.
Di samping itu, menteri-menteri luar ASEAN juga akan membincangkan inisiatif-inisiatif untuk menggerakkan bidang-bidang keutamaan dan agenda ASEAN di bawah Kepengerusian Kemboja 2022; serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
"Dalam usaha ASEAN ke arah membangunkan Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025, Malaysia selaku Peneraju Utama dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025, kekal komited untuk mendukung Kepaksian ASEAN dan menyokong Kemboja selaku Pengerusi bagi memastikan kemajuan berterusan ASEAN di peringkat serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Kemboja merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun 2022, bertemakan "ASEAN A.C.T.: Addressing Challenges Together".
Sesi Pemukiman itu bakal dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, dengan penyertaan menteri-menteri luar ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN serta wakil dari Myanmar.
Lawatan itu akan dikendalikan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan Malaysia dan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Sesi AMM itu adalah mesyuarat berjadual yang pertama bagi negara-negara anggota ASEAN untuk tahun 2022. - Gambar fail/Wisma Putra

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.