SADAO dan Sungai Golok merupakan laluan paling popular bagi sindiket antarabangsa untuk menyeludup pelbagai jenis dadah ke Malaysia, kata satu sumber penguatkuasaan dadah berpangkat tinggi di Thailand.
Menurut beliau, maklumat risikan menunjukkan sindiket dadah menggunakan Sadao dan Sungai Golok sebagai laluan untuk menyeludup dadah jenis tertentu ke Malaysia.
"Selalunya, Sadao yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam di Kedah, menjadi laluan pilihan utama sindiket yang diketahui terlibat dengan dadah sintetik seperti "Ice" dan "Crystal Methaphetamine" serta heroin, ganja dan Yaba (pil Crazy)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, Sungai Golok, yang memisahkan wilayah Narathiwat di Thailand dan Kelantan, dikenal pasti sebagai laluan "pilihan utama" sindiket dadah yang memberi pengkhususan kepada aktiviti menyeludup dadah dikenali sebagai "Yaba" di Thailand atau "Pil Kuda" di Malaysia.
Sumber itu berkata Sungai Golok sepanjang 95km, yang merupakan sempadan semula jadi antara Malaysia dan Thailand, merupakan laluan pilihan utama sindiket "Yaba" berikutan populariti dadah itu dalam kalangan penagih di negeri tertentu di Malaysia.
Kedudukan geografi
Kedudukan Sungai Golok secara geografi yang berdekatan dengan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur lain di Malaysia, menjadikannya laluan pilihan utama sindiket dadah untuk menyeludup pil kuda, dadah jenis Methaphetamine berkualiti rendah dan murah.
"Yaba (pil kuda) sangat popular dalam kalangan pengguna di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Itulah sebabnya sindiket Yaba menggunakan Sungai Golok sebagai laluan pilihan mereka kerana ia lebih dekat untuk sampai kepada pengguna akhir," katanya.
Menurut sumber itu lagi, kebanyakan sindiket yang menyeludup "Yaba" ke Malaysia melalui Sungai Golok mempunyai hubungan dengan raja dadah di selatan Thailand, yang menjadi orang buruan pihak berkuasa Thailand sejak lebih 10 tahun lepas.
Pihak berkuasa Thailand percaya raja dadah, yang berdepan dengan banyak waran tangkap itu, kini bersembunyi di Laos dan mempunyai hubungan dengan Xaysana Keopimpha, raja dadah Laos yang ditangkap pihak berkuasa Thailand awal tahun ini dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bulan lepas.
Walaupun menjadi orang buruan sejak beberapa tahun lepas, aktiviti penyeludupan dadahnya, termasuk di Malaysia, masih rancak dilakukan kerana dikendalikan beberapa orang kanannya.
Polis Malaysia berjaya menahan seorang daripada orang kepercayaan raja dadah dari Selatan Thailand itu beberapa bulan lepas, dikenali sebagai "Kamaruddin", yang memegang kerakyatan Malaysia dan Thailand.
Soal siasat
Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Thailand dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand mengumumkan hasrat mereka untuk menyoal siasat lelaki berkenaan dan telah mengemukakan permohonan kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia untuk bertemu dan menemu bual "Kamaruddin."
Sumber berkenaan, yang enggan dikenali disebabkan tahap sensitiviti maklumat yang beliau beri, juga menyatakan bahawa Sadao menjadi laluan pilihan utama penyeludup kerana kedudukannnya yang lebih hampir dengan kemudahan pelabuhan di Malaysia memandangkan sebahagian besar dadah jenis Methaphetamine yang diseludup ke negara ini akan dieksport semula ke negara lain.
"Australia, Taiwan, Eropah dan Amerika Utara adalah antara destinasi terakhir dadah jenis itu," katanya sambil menjelaskan bahawa badan pencegahan dadah Thailand dan Malaysia sedang berganding bahu untuk melumpuhkan sindiket dadah rentas sempadan.
Lazimnya, dadah "Ice" dan "Crystal" yang dibawa masuk ke Malaysia memiliki kualiti eksport yang tinggi dan sebahagian besar dadah sintetik berkualiti tinggi yang diseludup ke nagara ini dihasilkan di Wa State, sebuah wilayah autonomi yang ditadbir secara longgar di Myanmar.
Kaitan sindiket
Satu perkara lagi yang didedahkan sumber berpangkat tinggi dalam agensi penguatkuasaan undang-undang dadah Thailand itu ialah kebanyakan sindiket dadah yang menggunakan laluan Sadao mempunyai kaitan dengan sindiket di Pulau Pinang atau berasal daripada sindiket sama.
Sindiket Sadao itu bukan sahaja mempunyai hubungan dengan sindiket di Pulau Pinang, tetapi juga dengan sindiket yang berpusat di Johor, dan menurut beliau, setakat ini, pihak berkuasa Thailand belum mengetahui rahsia di sebalik hubungan yang wujud antara sindiket berpusat di Pulau Pinang dan Johor itu.
Beliau menyebut tentang "Mr T" atau "Malaysia Iceman", personaliti utama dalam sindiket dadah antarabangsa kelahiran Johor, yang ditahan pihak berkuasa Thailand di Lapangan Terbang Hatyai beberapa bulan lepas, sebagai antara contoh anggota penting sindiket berpusat di Sadao yang mempunyai hubungan di peringkat antarabangsa.
Fasih berbahasa Thai, "Mr T", yang telah lama bermastautin di Danok dan Hatyai serta mempunyai hubungan rapat dengan sindiket di Pulau Pinang, dituduh mendalangi kegiatan menyeludup sejumlah besar dadah jenis Methaphetamine ke Malaysia.
Ditanya tentang jumlah sindiket berpusat di Sadao yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dan sedang menjadi perhatian pihak berkuasa Thailand, sumber itu enggan memberi maklumat terperinci mengenainya tetapi menegaskan bahawa mereka sedang memantau pergerakan pihak berkenaan.
"Bukan sahaja pergerakan mereka diberi perhatian ketat oleh pihak berkuasa Thailand, tetapi perniagaan mereka juga dipantau bagi memastikan selatan Thailand, contohnya, bandar perdagangan seperti Hatyai dan Danok, tidak dijadikan tempat pengubahan wang haram bagi penjenayah.
"Kami masih mengumpul bukti mengenainya (tentang aktiviti pengubahan wang haram)," kata sumber itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2017

Sungai Golok, yang memisahkan wilayah Narathiwat di Thailand dan Kelantan, dikenal pasti sebagai laluan "pilihan utama" sindiket dadah yang memberi pengkhususan kepada aktiviti menyeludup 'Yaba'. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.