PUTRAJAYA: Negeri yang menghadapi masalah kekurangan guru akan mendapat guru baharu selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengambilan 18,702 guru secara one-off.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, berdasarkan kajian, Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri yang menghadapi kekurangan guru agak kritikal.
Selain dua negeri tersebut, Selangor dan Johor turut mengalami masalah sama.
“Sabah dan Sarawak antara negeri yang memang memerlukan guru, memang kekurangan guru. Keperluannya lebih tinggi di sana.
“Dalam pengambilan ini, dua negeri itu adalah antara negeri-negeri yang akan mendapat guru-guru baharu nanti.
“Kita sudah kaji dan lihat, yang mana kekurangan guru di negeri tersebut, kita akan cuba selesaikan kekurangan itu selepas pengambilan baharu dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas secara maya yang turut disiarkan secara langsung di Astro AWANI pada Ahad.
Dalam pada itu, mengulas berkenaan kekosongan dalam mata pelajaran tertentu, Radzi berkata kementerian akan menyusun mengikut prioriti subjek mana yang perlu diberi lebih perhatian.
“Kita akan susun mengikut prioriti, mengikut keperluan dan kita akan maklumkan dalam iklan nanti mata pelajaran mana yang kita akan usaha dapatkan calonnya.
“Kita akan letakkan dalam iklan tapi pada waktu ini, fokus kami ialah memberi tumpuan untuk menutup jurang kekurangan itu. Kedua, mata pelajaran mana yang menyumbang kepada kekurangan itu.
“Inilah yang akan kita beri tumpuan,” ujarnya lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Ahad mengumumkan akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dalam masa terdekat.
Radzi berkata, pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one-off dan bertujuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang melanda Malaysia.
Ridauddin Daud
Sun Jun 20 2021
Berkenaan kekosongan dalam mata pelajaran tertentu, Radzi berkata kementerian akan menyusun mengikut prioriti subjek mana yang perlu diberi lebih perhatian. - Gambar KPM
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI ditukar ke KLCC - Fahmi
Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Syafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri diberikan cuti - KPM
Kementerian Pendidikan melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.
Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.
Belanjawan 2025: Peruntukan besar bukti komitmen kerajaan perkukuh asas pendidikan
Peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2025 jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan asas pendidikan negara dan menjayakan 'keadilan pendidikan'.
Belanjawan 2025: Kementerian Pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kementerian Pendidikan telah diberi peruntukan sebanyak RM64.1 bilion untuk 2025, berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun ini, sekali gus menjadikan ia peruntukan tertinggi dalam sejarah.
717 projek naik taraf sekolah daif siap sepenuhnya - KPM
Sebanyak 717 daripada 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah disiapkan sepenuhnya.
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Pusat beli-belah digesa sedia ruang membaca, perbanyak kedai buku
Pusat beli-belah digesa supaya menyediakan ruang membaca dan memperbanyakan kedai buku di dalam premis mereka bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.