Ringkasan AI
- Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
- Gegar Vaganza 11 mengekalkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat, serta dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
- GV11 menampilkan penyanyi dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia, termasuk Ning Baizura, Liza Aziz, Ronnie Hussein, dan Inka Christie.
Menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia akan bersikap profesional dan sentiasa terbuka dengan setiap teguran juri terutama daripada Datuk Syafinaz sendiri.
"Saya dah bersedia. Datuk Syafinaz memang kita tahu dia adalah selayaknya untuk menjadi juri dan sekali gus memberi komen kepada peserta.
"Jujur bagi saya, saya terbuka. Mungkin saya pun dah lama tak nyanyi, jadi ada yang kurang sana sini. Jadi teguran itu untuk menegur kesalahan saya.
"Saya dah bersedia untuk itu semua. Tetapi kalau netizen yang komen. Saya tak perlu ambil pusing," katanya kepada Gempak.
GV tahun ini menampilkan juri tetap yang sama iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Rancangan yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam itu bakal dihoskan Nabil Ahmad serta Jihan Muse.
GV11 kali ini menampilkan penyanyi ‘otai’ dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Selain Ning Baizura, Liza Aziz, Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, dan Zehra Zambri.
Selain itu, GV 11 menyaksikan penglibatan lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif. -Gempak