Ringkasan AI
- Sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 22 hingga 24 November, menggantikan lokasi asal di MITEC.
- Perubahan lokasi diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Sambutan dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Jemaah Menteri, ketua-ketua jabatan, dan agensi. Perincian program akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Ini telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) dalam mesyuarat hari ini, antara lain mungkin faktor lokasi dan ruang yang menjadi pertimbangan," katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini.
Lokasi penganjuran sambutan itu sebelum ini ditetapkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata sambutan itu dijangka dihadiri oleh seluruh jentera pentadbiran negara termasuk Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selain ketua-ketua jabatan serta agensi.
"Perincian program-program yang akan diadakan sempena sambutan ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA