KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes itu pelbagai usaha sedang dilakukan termasuk meningkatkan kadar vaksinasi.
"Bagi larangan rentas daerah ini, beberapa sekatan jalan raya akan dilaksanakan. Justeru saya mengharapkan rakyat di Sabah patuh kepada SOP yang ditetapkan," katanya.
Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah ada mengeluarkan SOP bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bagi negeri itu yang menyatakan larangan rentas daerah masih terguna pakai kecuali hal-hal kecemasan, tuntutan tugas dan janji temu vaksinasi.
Kemas kini garis panduan dan SOP itu juga menjelaskan sebarang aktiviti rentas daerah melibatkan hal kecemasan perlu kebenaran daripada pihak polis.
Dalam pada itu, Hajiji menggesa penduduk Sabah supaya kekal mematuhi SOP dan tidak mengadakan perkumpulan beramai-ramai dalam usaha mengurangkan kes jangkitan COVID-19.
"Vaksinasi adalah kunci untuk kita menangani COVID-19 dan kerajaan negeri berusaha memberikan vaksin kepada rakyat yang lain secepat mungkin. Selain itu, rakyat juga perlu berdisiplin dan mematuhi SOP," katanya.
Setakat ini, 1,227,628 atau 44.5 peratus populasi dewasa di Sabah sudah menerima dos pertama vaksin.
Astro Awani
Fri Aug 13 2021

Kemas kini garis panduan dan SOP itu juga menjelaskan sebarang aktiviti rentas daerah melibatkan hal kecemasan perlu kebenaran daripada pihak polis. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas
Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di Tawau.

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.

Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah kekal larang rentas daerah - Hajiji
Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.

Kerajaan Sabah sedia adakan sidang DUN
Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.

Sabah umum SOP sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, hari ini
Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan 'total lockdown' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu.

Larangan masuk Sabah dari Labuan serta-merta
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.

Gelembung Perjalanan: Sabah pertimbang bawa pelancong dari Singapura
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan sekurang-kurang selepas Hari Raya Aidil Fitri.