KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Kewangan Negeri (KKN) akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Menurut Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ia dibangunkan sebagai mengekang perkara ini daripada terus berlaku.
‘’Saya mengambil perhatian serius berikutan kes melibatkan aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat yang terlibat kepada KKN Sabah yang dilaporkan melalui sesi Khidmat Nasihat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah.
‘’Oleh itu, langkah-langkah seperti menambahbaik proses-proses penguatkuasaan dan kutipan akan dilakukan termasuklah pindaan (jika perlu) ke atas undang-undang dan peraturan-peraturan bagi memastikan ketirisan tidak berlaku dan kepentingan kerajaan negeri terjaga,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, satu unit Task Force akan dibentuk melibatkan KKN Sabah, MPOB dan SPRM bagi tujuan mengutip semula cukai jualan sekiranya ada yang masih belum diisytiharkan kepada KKN Sabah.
Malah tambahnya, KKN Sabah juga bersetuju memberikan tempoh moratorium Bayaran Balik Cukai kepada syarikat yang terlibat.
Untuk itu, syarikat-syarikat boleh memohon untuk taksiran semula sekiranya mereka membuat pengisytiharan butiran yang tidak betul dan membayar cukai yang sebenar selepas taksiran dibuat oleh pihak KKN Sabah.
‘’Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha-usaha pencegahan rasuah di negeri Sabah,’’ ujarnya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jul 01 2022
Satu unit Task Force juga akan dibentuk melibatkan KKN Sabah, MPOB dan SPRM bagi tujuan mengutip semula cukai jualan sekiranya ada yang masih belum diisytiharkan kepada KKN Sabah. - Foto BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas
Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di Tawau.
Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.
Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.
KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah kekal larang rentas daerah - Hajiji
Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.
Kerajaan Sabah sedia adakan sidang DUN
Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
Sabah umum SOP sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, hari ini
Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan 'total lockdown' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu.
Larangan masuk Sabah dari Labuan serta-merta
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.
Gelembung Perjalanan: Sabah pertimbang bawa pelancong dari Singapura
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan sekurang-kurang selepas Hari Raya Aidil Fitri.