KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu seramai 169,800 orang atau meliputi 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.7 peratus dalam suku pertama tahun ini dan kadar itu juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5 peratus pada peringkat nasional.
"Namun kadar peratusan pengganguran di Sabah itu menunjukkan penurunan berbanding 9.1 peratus pada suku pertama tahun lepas berikutan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Perburuhan Peringkat Negeri Sabah sempena program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu pada Isnin.
Sivakumar berkata, isu buruh di Sabah berbeza berbanding negeri lain kerana golongan pekerja yang bukan di bawah Ordinan Buruh dianggarkan melebihi 800,000 orang, seperti pemegang Kad IMM13, Sijil Banci, Kad Burung-Burung, Bajau Laut (Pala’u) dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
"... manakala lebih 90 peratus majikan berstatus pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) telah memberi impak kepada pematuhan dasar dan perundangan berkaitan perburuhan," katanya.
Justeru, beliau berkata, pada 14 Jun lepas, Jemaah Menteri Negeri Sabah telah meluluskan tanpa bahas penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah (MPBS) bagi membincangkan isu berkaitan perburuhan di negeri ini.
Sivakumar berkata, menerusi MPBS, sebarang isu berbangkit harus dilihat dengan teliti dan semua pihak dalam majlis itu perlu bekerjasama memberikan idea secara kolektif, demi memastikan Sabah menjadi antara negeri yang boleh memberikan upah tinggi.
- Bernama
Bernama
Mon Aug 21 2023
![Sabah catat kadar pengangguran tertinggi - Sivakumar Sabah catat kadar pengangguran tertinggi - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692610232_VSivakumar.jpg)
V Sivakumar berkata, kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.7 peratus dalam suku pertama tahun ini dan kadar itu juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5 peratus pada peringkat nasional. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730797630_TBSIVAJUTA.jpg)
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
![Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691736761_VSivakumar.jpg)
Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702362666_VSivakumar.jpg)
Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan.
![Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699960688_VSivakumar.jpg)
Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan
Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.
![Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699355008_VSivakumar.jpg)
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
![Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699960688_VSivakumar.jpg)
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu.
![Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701879682_TBSivakumar.jpg)
Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar
Cadangan PRIMAS supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.
![LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699960688_VSivakumar.jpg)
LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar
KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang.
![KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699355695_VSivakumarMenteri.jpg)
KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
KSM mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.
![MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699477704_TBsivakumarjpg.jpg)
MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga kawasan lain.