KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.
"Sasaran pengurangan kepada tiga peratus tahun hadapan adalah sesuatu yang baik dalam konteks ekonomi dan kadar itu dikira mencapai guna tenaga penuh," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam.
Sivakumar berkata kementeriannya melakukan usaha berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dan siswazah dari segi penempatan pekerjaan dalam sektor profesional.
Beliau berkata KSM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi My FutureJobs akan merancang mekanisme terbaik untuk menyediakan peluang pekerjaan lebih baik buat golongan itu pada masa akan datang.
Kementerian katanya akan turut memberi tumpuan dalam penggubalan dasar berhubung pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing dan e-hailing sebagai garis panduan, sebelum mewujudkan akta khas bagi membela nasib kumpulan itu terutamanya dari segi pendapatan serta keselamatan sosial.
Beliau berkata ketiadaan undang-undang khusus atau akta tertentu bagi menjamin nasib lebih 1.1 juta penggiat gig ekonomi di Malaysia menyebabkan mereka tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika ditanya mengenai keluhan anak muda terhadap kesukaran mendapatkan rumah mampu milik di ibu kota, berkata perkara itu akan diteliti sesuai dengan komitmen pihaknya untuk memastikan setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.
Beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat dan setakat ini hampir 260,000 unit rumah mampu milik telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Sivakumar berkata kementeriannya melakukan usaha berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dan siswazah dari segi penempatan pekerjaan dalam sektor profesional. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.