RANAU: Kerajaan Sabah akan membuka empat lagi Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada tahun ini dalam usaha mempromosi serta menjual barangan keluaran negeri tersebut, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata kemudahan tersebut akan dibuka masing-masing di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran yang turut berperanan penting dalam menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah serta membantu usahawan tempatan.
Pada masa ini tiga Pusat Produk IKS negeri ini sudah beroperasi iaitu di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau.
"Satu lagi pusat seumpamanya di Papar sedang dibangunkan dan dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat. Pembukaan Pusat Produk IKS ini adalah antara inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan IKS untuk mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka.
"Saya juga berharap pembukaan lebih banyak Pusat Produk IKS ini dapat memberi impak besar terhadap sektor peruncitan tempatan," katanya ketika berucap ketika merasmikan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah di Kiaburi Plaza di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin.
Menurut Hajiji, pembukaan empat Pusat Produk IKS itu adalah menerusi perbelanjaan perbekalan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) yang menerima peruntukan RM5.76 juta di bawah Belanjawan Sabah 2022.
Satu lagi inisiatif adalah Program Pemasaran Produk IKS Sabah di pasar raya tempatan negeri ini yang menyaksikan DIDR bekerjasama dengan Pasaraya Bataras untuk memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangannya.
"Selain Bataras, produk IKS khususnya makanan juga dipasarkan di seluruh Kedai Mesra di Sabah dan Labuan menerusi kolaboratif dengan Petronas Dagangan Berhad. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu usahawan IKS yang terjejas akibat COVID-19," katanya.
Mengulas Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah, Hajiji menyifatkan program yang disenaraikan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 itu sebagai tepat pada masanya bagi merancakkan semula ekonomi domestik selain membantu usahawan IKS mempromosikan barangan mereka.
"Saya berharap kempen ini dapat menjadi titik permulaan kepada usaha secara bersama antara kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan memulihkan ekonomi seiringan dengan (usaha) merancakkan semula ekonomi negeri," katanya.
Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan kalangan usahawan dan peniaga di Sabah agar tidak hanya menumpukan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sebaliknya turut memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.
"Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebanyakan komuniti perniagaan beralih kepada penggunaan teknologi digital secara meluas. Saya yakin barangan buatan Sabah juga berpotensi dan berkualiti untuk turut bersaing dengan produk dari luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Hajiji berkata kemudahan tersebut akan dibuka masing-masing di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran yang turut berperanan penting dalam menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah. - Gambar fail
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan sentiasa memastikan semua data yang dimasukkan dalam sistem e-Invois adalah selamat dan terpelihara.
Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK
Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif dengan memberikan penumpuan kepada sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Angkasa harap kerajaan iktiraf koperasi terima insentif seperti IKS
Angkasa berharap kerajaan akan mengumumkan keputusan berhubung permintaan untuk mengiktiraf sektor koperasi dari segi insentif seperti IKS.
Penubuhan bank komersial Sarawak dijangka direalisasikan akhir tahun ini
Penubuhan bank komersial tersebut akan menjadi pemangkin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Transaksi digital akan diperluas dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana
Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan menuju peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam masyarakat.
PKS dinasihat ambil tindakan perlu kekalkan perniagaan dalam persekitaran kenaikan kadar faedah
SME Bank menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan apa yang perlu untuk memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.
Gaji minimum perlu diperhalusi lagi - Willie
Willie juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.
PRN Johor: Bantu usahawan IKS, perniagaan keropok lekor ada potensi berkembang
Kedudukan georgrafi Mersing yang berhampiran dengan laut menjadikan kawasan itu mewah ditaburi dengan hasil laut.
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM200 juta bantu usahawan terjejas COVID-19, banjir
Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk usahawan mikro, industri kecil dan sederhana (IKS) serta informal yang terjejas akibat COVID-19 dan banjir.
Sabah buka empat lagi pusat produk IKS tahun ini - Ketua Menteri
Kemudahan tersebut akan dibuka masing-masing di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran.