KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, rang undang-undang itu akan dibentang oleh Menteri Kewangan dan bacaan kali kedua dijangka pada Jumaat ini.
Persidangan hari ini juga akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022.
Dewan Rakyat juga dijangka bakal tertumpu kepada pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022), Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan (2022) dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan 2021) untuk bacaan kali kedua.
Pada sesi jawab lisan pula, soalan berhubung usaha kerajaan dalam mengatasi isu eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya berpunca daripada pelbagai aplikasi tidak bermoral dalam talian diajukan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Turut tersenarai, soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) kepada Menteri Kewangan berkaitan pendekatan Kementerian Kewangan dalam memastikan model "Environmental, Social dan Governance" (ESG) diterapkan dalam meluluskan mana-mana kontrak kerajaan.
Selain itu, persoalan mengenai perkembangan fasiliti dan kemudahan e-Sukan yang telah dibangunkan kerajaan bagi memenuhi keperluan belia akan diajukan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan.
Tengku Zulpuri Raja Puji (PH-Raub) pula meminta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan pelan dan tindakan perancangan awal kerajaan bagi menghadapi kemungkinan banjir besar berikutan fenomena La Nina, Monsun Timur Laut dan taburan hujan di luar jangkaan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadualkan berlangsung selama 32 hari bermula 3 Okt hingga 29 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadualkan berlangsung selama 32 hari bermula 3 Okt hingga 29 Nov. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dewan Negara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju.

RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perbekalan 2023 dijangka dibaca kali pertama hari ini
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.