KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.
Dalam pembentangan rang undang-undang itu, Anwar berkata Belanjawan 2023 dirumuskan sebagai langkah untuk mendepani tentangan semasa yang mencakupi soal iktisas, tata kelola pentadbiran, langkah pemacuan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata pentadbiran ini mengambil pendekatan dasar belanjawan yang mengembang dengan Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus manakala RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.
Justeru, kerajaan beriltizam untuk mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada lima peratus ketimbang 5.6 peratus tahun lepas, katanya.
"Keputusan untuk mengurangkan defisit ini kritikal untuk memulihkan keyakinan pelaburan domestik dan (dari) luar negara, dan kedua ia mempamerkan satu sikap pengurusan kewangan yang lebih bertanggungjawab.
"Kita menjangkakan sekiranya trend ini berterusan, kita dapat mencapai defisit yang dianggap terkawal iaitu sekitar 3.2 peratus menjelang 2025," katanya.
Anwar berkata Sabah dan Sarawak meraih manfaat besar daripada Belanjawan 2023 dengan peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.
"Tumpuan Sabah dan Sarawak jauh lebih tinggi dan ia pada mulanya dipertikaikan, dan saya jelaskan kerana kadar pembangunan, kawasan pedalaman dan kemudahan asasnya terlalu daif," katanya.
Justeru beliau mahu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diteliti bagi memberi manfaat serta mempercepat proses kelulusan projek di kedua-dua negeri berkenaan.
Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU tersebut melalui undian suara majoriti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Anwar ketika membaca semula Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI' untuk dibahaskan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. -fotoBERNAMA
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.