KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Negara semalam antara lain bagi membolehkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengawal selia syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan seramai sembilan senator di Dewan Negara, semalam.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata rang undang-undang itu bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bagi mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan termasuk penggunaan motosikal dalam perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.
“Isu-isu dibangkitkan diambil maklum dan merupakan perkara yang menjadi asas kenapa kerajaan mengambil keputusan untuk mengawal selia industri ini. Perkara-perkara terbabit kelak akan dikawal selia oleh pihak APAD,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin mengetahui apakah tindakan Kementerian Pengangkutan bagi menangani isu manipulasi sistem operator yang dilihat sebagai menindas pendapatan yang dijana penunggang p-hailing dalam ucapan penggulungan kementerian itu di persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.
Hasbi berkata Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 mengandungi enam fasal.
Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Rang undang-undang berkenaan antara lain memperuntukkan kenderaan p-hailing sebagai kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.
Hasbi ketika menggulung rang undang-undang itu berkata kementerian bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka satu draf kurikulum atau silibus pembelajaran bagi penunggang p-hailing mendapatkan lesen vokasional.
"Antara skop utama yang akan dimasukkan ialah memahami perbezaan risiko sebagai penghantar berbanding pengguna biasa.
“...dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya, memahami dan meramal bahaya di jalan raya sebagai seorang penghantar (dan) mengingati konsep asas penunggangan selamat atau ikhtisar-ikhtisar modul asas Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ),” katanya.
Menurut Hasbi kursus tersebut boleh ditawarkan oleh institut memandu dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing namun akan dipantau dan dikawal selia sepenuhnya oleh pihak JPJ dan kadar fi bagi mendapatkan lesen berkenaan hanya akan diputuskan selepas punca kuasa perundangan itu ditetapkan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
![RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bagi kawal selia perkhidmatan P-hailing RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bagi kawal selia perkhidmatan P-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676954382_PKPpenghantarmakana.jpg)
Perkhidmata p-hailing akan dikawal selia mengikut pindaan kepada undang-undang. -Gambar fail/Bernama
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723735401_SingapuraFilipina.jpg)
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
![Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723735226_PATIMaritim.jpg)
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690867391_tbphailing.jpg)
Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
![Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706284339_TBAbdulHakimAbdulRa.jpg)
Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan
Adul Hakim mendakwa, skim baharu kadar upah pengambilan dan penghantaran berkuat kuasa 16 Jan lalu menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
![Pemandu, penunggang p-Hailing ditawar pelan data serendah RM33 bermula hari ini Pemandu, penunggang p-Hailing ditawar pelan data serendah RM33 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705980522_TBFahmiFadzilj.jpg)
Pemandu, penunggang p-Hailing ditawar pelan data serendah RM33 bermula hari ini
Pakej ditawar syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM dan YTL Communications (Yes 5G).
![Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705926367_TBFAHMIFADZIL.jpg)
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.
![PPRPM gesa GrabFood kembalikan kadar upah asal PPRPM gesa GrabFood kembalikan kadar upah asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705552315_TBGRABFOOD.jpg)
PPRPM gesa GrabFood kembalikan kadar upah asal
PPRPM berkata, kadar bayaran upah yang diberikan ketika ini sangat rendah selain pengiraannya juga tidak jelas.
![Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705552159_tbPersatuanPerpadua.jpg)
Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.
![Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636211762_TBPerkeso.jpg)
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.
![Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691358810_AnwarIbrahim.jpg)
Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka.
![Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690867391_tbphailing.jpg)
Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing
Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan.
![Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690867391_tbphailing.jpg)
Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT
Ia susulan perjumpaan PM dengan rakan penghantar perkhidmatan p-hailing pada 22 Julai lepas.