PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Dalam satu kenyataan hari ini, KESUMA memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan meneliti terma rujukan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang merangkumi aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan bagi suruhanjaya itu.
"Satu laporan interim akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa tiga bulan," katanya.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan itu
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada pelbagai pihak, yang antaranya optimis bahawa pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status mereka sebagai pekerja tidak formal.
Ini bagi membolehkan mereka mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti dilakukan pekerja formal serta berharap jawatankuasa itu dapat menangani isu pemandu perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan (p-hailing) yang diberhentikan secara tidak munasabah oleh syarikat pengendali masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

KESUMA memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan meneliti terma rujukan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang merangkumi aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan bagi suruhanjaya itu. - Gambar fail/Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Rajeswari dilantik Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Rajeswari mempunyai kepakaran lebih 32 tahun dalam undang-undang perhubungan industri, undang-undang pekerjaan dan perundangan korporat.

FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.

KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kementerian Digital, KESUMA kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.

Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji - KESUMA
Majikan yang menutup perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baharu Cina diingat tidak memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

Skuad Ihsan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.