UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA

Mufti Perlis, Dr MAZA mengkritik keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

Khalis Khadir
Wed Oct 16 2024
RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA
Dr MAZA berkata kebanyakan umat Islam tidak faham ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan identiti Ahli Sunnah wal Jamaah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.


Ringkasan AI
  • Kritikan terhadap RUU: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengkritik keras Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang mensyaratkan akidah Ashairah dan Maturidiyyah.
  • Kefahaman akidah: Mohd Asri berkata kebanyakan umat Islam, termasuk Menteri Agama, tidak memahami sepenuhnya ajaran Ashairah dan Maturidiyyah, dan menegaskan bahawa memahami perbahasan akidah adalah penting.
  • Isu sektarian: Mohd Asri bimbang RUU ini akan mencetuskan era kafir mengkafir dan sesat menyesatkan sesama umat, serta menganggapnya sebagai isu sektarian yang disumbat kepada kerajaan.


Mohd Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak memahami berkaitan ajaran Al-Ashairah dan Al-Maturidiah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Malah beliau yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA mendakwa Mohd Na'im sendiri belum tentu faham berkaitan perkara itu.

“Saya berani katakan, insya-Allah Menteri Agama yang beriya-iya mahu mensyaratkan akidah rakyat dengan syarat-syarat itu pun kurang faham. Saya boleh buktikan, insya-Allah jika saya diberikan ruang secara terbuka disaksikan rakyat untuk bersoal-jawab dengan beliau berkaitan beberapa soalan tentang Ashairah, Maturidiyyah, al-Junaid dan al-Ghazali.

“Jika beliau benar, beliau dahululah buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat. Jika beliau sendiri tidak mampu, apakah beliau mahu menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya menyesatkan diri?” soalnya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.



Katanya, RUU yang Menteri Agama mahu laksanakan akan menjadikan keislaman seseorang di Wilayah Persekutuan tidak dianggap mencukupi sehinggalah individu itu menganut Ashairah, Maturidiyyah, bertasawuf dengan cara Junaid al-Baghdadi dan al-Ghazali.

“Jika tidak, muslim itu dianggap terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menganut ajaran sesat. Di sana ada akta ajaran sesat yang boleh dikenakan,” ujarnya.

Mohd Asri menambah, untuk mengikuti mazhab akidah seperti Ashairah dan Maturidiyyah, ia tidak memadai sekadar mengetahui nama pengasas dan beberapa isu teologi sahaja.

Sebaliknya ia perlu memahami perbahasan akidah berkaitan qidam, azali, jisim, jauhar, masa, tempat dan beberapa teori serta andaian hukum fizik yang pelbagai.

Asri berkata dia percaya sekurang-kurangnya 97 peratus orang Islam di negara ini tidak mampu memahami perbahasan akidah Ashairah dan Maturidiyyah.

“Apakah dengan RUU ini, maka era kafir mengkafir sesama umat akan bermula? Sesat menyesatkan akan menjadi agenda kerajaan? Rakyat akan diuji keabsahan akidah mereka?

“Atau mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke kad pengenalan, Agama: Islam Ashairah Maturidiyyah Junaid dan Ghazali. Apa yang saya lihat, ini isu sektarian yang disumbat kepada Kerajaan MADANI. Agenda orang lain yang ingin mengkultuskan yang cuba menggunakan undang-undang negara,” katanya lagi.

Mohd Asri sebelum ini mengajak Mohd Na’im tampil berdialog dengannya berhubung RUU itu selain meminta media rasmi kerajaan memberi ruang berkenaan secara terbuka agar rakyat menyaksikan cara menteri berkenaan mempertahankan ideanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa bacaan pertama RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah dilakukan pada Julai lepas. RUU ini merupakan satu daripada tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan untuk tujuan pindaan.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula 14 Okt.









#Dr Maza#Mufti Perlis#RUU Mufti#Mohd Na'im Mokhtar#terkini
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari

Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar

Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM

AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM

#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM

Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025

1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri

Tumpuan #AWANI745 malam ini

- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna

- Kaji semua keselamatan OKU di LRT

- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur

- Adun Ayer Kuning meninggal dunia

Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv

#AWANInews
AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb

Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat”  - Dr Maza

“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza

Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza

Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza

Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta

Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA

RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA

Mufti Perlis, Dr MAZA mengkritik keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus

Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Isu dos penggalak vaksin COVID-19, jangan 'pukul rata' - MB Perak

Isu dos penggalak vaksin COVID-19, jangan 'pukul rata' - MB Perak

Rakyat dinasihatkan mengikut saranan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pengambilan dos vaksin itu.
Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza

Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza

Ada komen netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia dan tidak perlu memandangkan zakat adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya turut terlibat.
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza

[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza

Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan

Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan

Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.
Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan

Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan

Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.