KUALA LUMPUR:Ketiadaan tadbir urus dan kawal selia yang sistematik, selamat, terjamin dan berkesan antara cabaran yang dihadapi dalam membangunkan teknologi angkasa di negara ini.
Menyedari cabaran itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Angkasa sebagai persediaan menghadapi perkembangan industri berkaitan.
RUU yang bakal dibentangkan dalam masa terdekat ini, bukan sahaja bertujuan untuk memastikan selia yang baik, namun pelbagai kepentingan boleh diraih sekiranya ia diluluskan melihat kepada peluang negara untuk terus berkecimpung dalam industri bukan sahaja sebagai pengguna, namun sebagai pembangun.
"Lebih 25 buah negara di seluruh dunia mempunyai akta ini termasuk negara jiran Indonesia, yang mana kepentingannya bukan sahaja kepada tadbir urus malah melihat kepada piawaian di peringkat antarabangsa termasuk apa saja aktiviti dan produksinya.
"Dengan adanya RUU Angkasa ini, kita dapat tolong industri teknologi angkasa berkembang dan mencipta lonjakan baharu. Sebelum ini kita berperanan sebagai pengguna, kini kita boleh beralih kepada pembangun atau pencipta teknologi," kata Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Jelasnnya, dengan penghasilan sendiri teknologi dan perkongsian data ini, ia mampu menjana pendapatan sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara.
"Ingin saya kongsikan harapan kita dalam masa ini sehingga 2030, kalau boleh industri angkasa dapat menyumbang 0.3 peratus KDNK negara bersamaan RM3.2 bilion.
"Ia juga boleh menyokong industri terlibat dan mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan baharu kepada saintis," katanya.
MYSA bukan sahaja bertindak untuk melaksanakan apa yang digariskan di bawah Dasar Angkasa 2030, namun turut berperanan untuk meningkatkan keupayaan negara dalam sektor angkasa termasuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Katanya, ketika ini, Malaysia di kedudukan ketiga dalam perkembangan teknologi angkasa di peringkat Asia Tenggara.
Bidang teknologi angkasa ini juga bukan hanya tertakluk kepada bidang astronomi dan angkasa lepas, namun bidang telekomunikasi, pemetaan, satelit juga antara cabangnya.
Malah ia juga kini giat digunakan oleh agensi kerajaan, serta petani serta nelayan juga sudah mula menceburkan diri menggunakan kecanggihan teknologi ini.
Menteri MOSTI, Kahiry Jamaluddin melalui ciapan di laman sosial Twitter hari ini turut mengumumkan, akan membentangkan RUU Angkasa ini di sesi Dewan Rakyat kali ini.
Hafizi Rosli
Tue Nov 03 2020
![RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604379528_AzlikamilNapiah.jpg)
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah ketika ditemubual Astro Awani pada Selasa - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Kemuncak hujan meteor Perseids dijangka malam 12 Ogos Kemuncak hujan meteor Perseids dijangka malam 12 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723257385_HujanMeteorPerseid.jpg)
Kemuncak hujan meteor Perseids dijangka malam 12 Ogos
Di Malaysia, penampakan hujan meteor berkenaan adalah baik kerana bulan akan terbenam pada tengah malam ketika waktu kemuncak.
![MYSA meterai dua MoU, tiga LOI untuk rangsang teknologi angkasa di Malaysia MYSA meterai dua MoU, tiga LOI untuk rangsang teknologi angkasa di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684842975_MYSA.jpg)
MYSA meterai dua MoU, tiga LOI untuk rangsang teknologi angkasa di Malaysia
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dan tiga surat hasrat (LOI) bagi merangsang teknologi angkasa di negara ini sempena penganjuran Pameran Maritim dan
![Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676375743_TBArifinArifjpg.jpg)
Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin
Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu.
![RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604379528_AzlikamilNapiah.jpg)
RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara
Dengan adanya RUU Angkasa, kita dapat tolong industri teknologi angkasa berkembang dan mencipta lonjakan baharu daripada sebagai pengguna, kini boleh menjadi pembangun