SEREMBAN: Bekas Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman DCP Datuk Ruslan Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Mohamad Mat Yusop yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini dengan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.
Turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Norlela Idris dengan Datin Rohayah Harun.
Ruslan, yang ditemui pemberita selepas majlis itu, berharap dapat menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.
POLIS-LANTIKAN 2 (AKHIR) SEREMBAN
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1987 dan pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) serta Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Sementara itu, Zaini ketika sidang media mengulangi bahawa hanya 10 peratus daripada keseluruhan pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibenarkan bercuti sempena Aidilfitiri kali ini manakala selebihnya perlu menjaga keselamatan dan memastikan kelancaran pada musim cuti perayaan nanti.
"Bagaimanapun, bukan semua unit dalam PDRM bercuti. Jawatan atau penugasan kritikal masih menjalankan tugas seperti biasa.
"Sebagai contoh, anggota trafik yang mengawal lalu lintas serta polis buat rondaan untuk mencegah jenayah supaya orang ramai dapat beraya dengan selesa dan aman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Zaini Jass (tiga, kiri) beramah mesra dengan Ketua Polis N. Sembilan yang baharu Datuk Ruslan Khalid (dua, kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jenayah komersial di N. Sembilan rekod 1,747 kes babit kerugian RM45.1 juta
Kes penipuan mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,676 kes dengan kerugian RM39.7 juta, diikuti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (38 kes, RM27,420).

Ruslan Khalid Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
Bekas Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman DCP Datuk Ruslan Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menyamar polis samun warga asing, tiga lelaki akhirnya tertangkap
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan di kondominium di sini, sekitar Jalan Klang Lama dan Jalan Sultan Ismail.

Pemandu teksi dipukul pemandu kereta sapu di KL Sentral disyaki berebut pelanggan
Difahamkan mangsa dipukul kerana suspek tidak berpuas hati dengan pemandu teksi eksekutif itu yang dikatakan mendapat penumpang terdiri daripada pelancong untuk ke Genting Highlands.

Polis terima laporan dua pelajar wanita disamun di Bangsar
Pengadu tidak cedera dalam kejadian itu namun rakannya, seorang wanita warga India yang juga penuntut universiti berusia 29 tahun cedera di bahagian bawah dagu.