PONTIAN: Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Mangsa, Md Farid Mahpul, 64, berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Rosniwati Rosnin, 46, sedang menyiapkan tempahan juadah lauk raya bagi tradisi munjung.
"Ketika sedang memasak, saya lihat kepulan asap dan bergegas keluar. Semua bahan-bahan yang sedang di masak saya tinggalkan.
“Saya menjerit meminta semua ahli keluarga keluar. Tiga orang anak, bapa mentua, Rosnin Ahmad, 89, dan kakak ipar, Hasnah Rosnin, 60, yang menghidapi penyakit buah pinggang sempat keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui pada Ahad.
Sementara itu, mangsa Mohd Faisal Saidi, 38, bersyukur kerana isteri dan lima anaknya berusia antara enam hingga 14 tahun sempat keluar dari rumah ketika kejadian.
"Ketika itu, saya sedang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah pasar raya. Isteri Siti Nor Faezah Kosnin, 37, dan anak-anak terdengar jeritan meminta mereka sekeluarga keluar dari rumah kerana berlaku kebakaran.
“Semua kelengkapan persekolahan anak-anak termasuk buku-buku teks dan baju raya turut terbakar," ujarnya.
Menurut Mohd Faisal buat sementara waktu dia menumpang di rumah saudara sebelum mencari rumah baharu.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abdul Jalil berkata, dua buah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba Pontian dan Balai Bomba Pontian Baru dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 19 anggota.
Jelasnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024

Rosnin menunjukkan rumah yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Selangor, Pontian. - Gambar/ Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.

Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.