BUKIT GANTANG: Sebuah keluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah mereka di Kampung Sungai Lubok, Trong dekat sini dihempap pokok kelapa sawit dua hari sebelum Syawal.
Baderol Hisam Mohd Yusoh, 51, berkata sebatang pokok kelapa sawit setinggi 13 meter tiba-tiba tumbang menyebabkan bahagian dapur kediamannya rosak dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari pada 8 April lepas.
"Ketika kejadian cuaca cerah dan saya sedang tidur. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat, saya bangun dan terus ke belakang rumah dan dapati pokok kelapa sawit menghempap dapur rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun Baderol Hisam yang merupakan bekas pemandu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri bersyukur kerana ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang meninjau keadaan rumah tersebut menyumbangkan bantuan RM10,000 bagi tujuan baik pulih kediaman berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Baderol Hisam Mohd Yusoh, 51, berkata sebatang pokok kelapa sawit setinggi 13 meter tiba-tiba tumbang menyebabkan bahagian dapur kediamannya rosak dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari pada 8 April lepas. - Foto Sinar Harian
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
Rumah bekas pemandu Dr Wan Azizah rosak dihempap pokok kelapa sawit
Sebuah keluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah mereka di Kampung Sungai Lubok, Trong dihempap pokok kelapa sawit dua hari sebelum Syawal.