KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Rozman Isli tidak pernah mengisytiharkan kepentingan bapa serta adiknya selaku pemegang saham dalam Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM).
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) Hida Jerman, 53, berkata sekiranya ada pengisytiharan itu, beliau akan memasukkan nama bapa Rozman, Isli Siput dan adik lelakinya, Tony Noolan dalam minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan, LPL bertarikh 20 Nov 2017.
Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata Rozman ada memaklumkan bahawa syarikat LLPM merupakan sebuah syarikat tempatan yang menjadi kebanggaan Labuan selain mempunyai pengurusan terbaik yang telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan aktifnya.
"Datuk Rozman turut menyatakan bahawa LP Multi Terminal Sdn Bhd merupakan syarikat paling berpotensi di antara syarikat LLPM dan Bintulu Port Sdn Bhd. Namun, beliau berpendapat syarikat itu (LP Multi) dan LLPM perlu dipanggil untuk membentangkan cadangan penuh masing-masing dan memberi taklimat kepada jawatankuasa tersebut (pembangunan dan pelaburan)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Labuan itu yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Menurut Hida, selepas ahli mesyuarat berbincang serta menyuarakan pendapat masing-masing, mereka bersetuju untuk syarikat LLPM dan LP Multi dipanggil memberi taklimat kepada jawatankuasa itu yang berlangsung di Hotel Hilton Sentral, Kuala Lumpur pada 11 Dis 2017.
"Semasa persetujuan dan keputusan itu dibuat, Datuk Rozman tidak ada mengisytiharkan kepentingannya dalam LLPM dan beliau berada di dalam mesyuarat sepanjang ia berlangsung," kata saksi.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi sama ada Rozman ada menyatakan beliau mempunyai kepentingan dalam LLPM, saksi menjawab "tidak pernah".
Sementara itu, saksi bersetuju dengan cadangan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman bahawa pada setiap minit mesyuarat yang diadakan, ahli politik itu tidak pernah menjadi pengerusi mesyuarat.
Rozman, 58, dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 10 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Rozman antara lain berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada keterangan tunjuk Rozman buat keputusan lantik LLPM sebagai operator - Hakim
Mahkamah Sesyen memutuskan tiada keterangan menunjukkan Rozman Isli membuat keputusan untuk memastikan hanya LLPM yang akan dilantik sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi LLPM.

Keputusan guna kedudukan, bekas MP Labuan bebas atau bela diri ditangguhkan 23 Jun
Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan.

Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.

Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei
Mahkamah menetapkan 30 Mei depan untuk memutuskan sama ada Datuk Rozman Isli perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak bagi LLPM.

Rozman tidak pernah isytihar bapa, adik pemegang saham LLPM - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Datuk Rozman Isli tidak pernah mengisytiharkan kepentingan bapa serta adiknya selaku pemegang saham dalam Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM
Bekas Ahli Lembaga Pengarah, LPL memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau tidak mengetahui bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mempunyai kepentingan dalam LLPM.

Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan
Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen, menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Permohonan MP Labuan Rozman Isli pindah kes ke Mahkamah Tinggi ditolak
Rozman berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.