KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.
Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Rozman, 59, maka beliau akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya beliau akan dilepas dan dibebaskan.
Pada 6 Mac lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 24 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 11 Ogos tahun lepas.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil ialah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) Zulkurnain Ayub, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Datuk Chua Kok Ching dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan LPL Hida Jerman.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman.
Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Rozman (foto), maka dia akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya dia akan dilepas dan dibebaskan. -Gambar fail/Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.

Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei
Mahkamah menetapkan 30 Mei depan untuk memutuskan sama ada Datuk Rozman Isli perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak bagi LLPM.

Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM
Bekas Ahli Lembaga Pengarah, LPL memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau tidak mengetahui bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mempunyai kepentingan dalam LLPM.