KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau telah menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Penolong Kanan Penguasa di Unit Siasatan SPRM, Wilayah Persekutuan Labuan, Kamal Ag. Besar ,42, berkata beliau telah membacakan notis penangkapan itu kepada ahli politik berkenaan ketika tertuduh hadir di Pejabat SPRM di Labuan bersama seorang lagi individu, pada 16 Julai tahun lepas.
Ketika menceritakan mengenai proses penahanan, saksi pendakwaan pertama itu berkata beliau telah membawa Rozman ke dalam bilik rakaman percakapan bervideo (VIR) dan memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan kad kuasanya sebelum menerangkan tujuan tertuduh diarahkan hadir ke pejabat itu.
"Saya juga memberitahu beliau bahawa saya telah menerima arahan untuk membacakan notis di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 iaitu notis tangkap dan Datuk Rozman faham dengan perkara tersebut dan kemudian beliau sendiri menandatangani notis berkenaan," katanya sambil menambah peranannya dalam kes ini adalah sebagai pegawai tangkap.
BACA: MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari pertama perbicaraan kes Rozman yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Muntaqim Abdul Aziz manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili tertuduh.
Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan adalah menurut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Saksi itu berkata telah membacakan notis penangkapan kepada Rozman ketika tertuduh hadir di Pejabat SPRM di Labuan bersama seorang lagi individu, pada 16 Julai tahun lepas. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.

Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan
Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen, menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.

Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Rozman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan meminta dibicarakan.

Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan
Projek itu hanya tinggal empat peratus bagi pembinaan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai.