KUALA LUMPUR: Keputusan kes bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang didakwa atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 23 Jun depan.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
"Pihak kami menerima e-mel daripada mahkamah pada 3 petang semalam. Mahkamah memberikan tarikh baharu untuk keputusan pada 23 Jun ini, pukul 3 petang," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi juga mengesahkan perkara tersebut.
Pada 6 April lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob menetapkan hari ini untuk keputusan di akhir kes pendakwaan bagi memutuskan sama ada Rozman perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya.
Pada 6 Mac lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 24 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 11 Ogos tahun lepas.
Rozman, 59, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Keputusan kes Rozman Isli yang didakwa atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 23 Jun. - Gambar BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Op Sky: Enam lagi individu direman
Enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.

'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.