KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, kekal didengar di Mahkamah Sesyen di sini.
Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan Rozman supaya kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah juga menolak permohonan Rozman untuk menggantung perbicaraan kes itu kerana tidak wujud keadaan istimewa atau luar biasa yang mewajarkan penggantungan.
Muhammad Jamil berkata Rozman menyatakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Labuan mewajarkan kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas kepentingan keadilan selain kes itu telah mendapat tumpuan serta perhatian dan dilaporkan di dalam media kerana ia melibatkan kepentingan awam.
"Bukan suatu undang-undang bahawa pemohon yang merupakan seorang Ahli Parlimen, maka perbicaraan kesnya sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Persoalannya adalah sama ada tertuduh yang ingin kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi telah memenuhi kehendak dalam Seksyen 417 (b) (1) Kanun Tatacara Jenayah (persoalan undang-undang).
"Semua tertuduh mesti dilayan sama rata tanpa menghiraukan status. Pemohon yang merupakan seorang ahli politik tidak seharusnya diberi layanan berbeza jika memohon untuk kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Dia (Rozman) sama seperti tertuduh lain yang mesti memenuhi kehendak mana-mana satu perenggan dalam Seksyen 417 (1) Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Mengenai isu persoalan undang-undang, Muhammad Jamil berkata pemohon menyatakan terdapat tiga persoalan undang-undang yang sukar, rumit dan luar biasa berkemungkinan besar akan ditimbulkan dalam perbicaraan kesnya.
Menurut hakim itu, persoalan undang-undang mestilah sesuatu yang unik atau tidak pernah diputuskan sebelum ini.
"Pada pandangan saya, tiga persoalan undang-undang tersebut bukan tergolong dalam persoalan undang-undang yang luar biasa. Pemohon juga tidak mencabar kewibawaan hakim Mahkamah Sesyen dan sudah tentu hakim Mahkamah Sesyen berupaya untuk membuat pertimbangan, seterusnya membuat keputusan sekiranya berdepan dengan persoalan undang-undang.
"Pemohon telah gagal memenuhi kehendak di perenggan Seksyen 417 (1) (b) Kanun Tatacara Jenayah. Permohonan pemohon untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi dan permohonan menggantung prosiding kes (perbicaraan) di Mahkamah Sesyen ditolak," kata hakim itu.
Prosiding hari ini dihadiri peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi.
Sebelum ini, perbicaraan kes itu ditetapkan pada 11 dan 12 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.
Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Sebelum ini, perbicaraan kes itu ditetapkan pada 11 dan 12 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permohonan MP Labuan Rozman Isli pindah kes ke Mahkamah Tinggi ditolak
Rozman berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

MP Labuan gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan itu selepas memutuskan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian tanpa menjalankan perbicaraan.