KUALA LUMPUR: Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) dan Kolam Biru bakal dirancakkan kembali sebagai daya tarikan baharu pelancongan di ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata langkah itu dibuat susulan peralihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada 10 Sept lepas.
Beliau berkata ia juga akan menjadi destinasi tumpuan warga kota bagi melakukan pelbagai aktiviti riadah dan oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi menjaga fasiliti yang disediakan serta kebersihan sungai di sekitar projek RoL.
"Ini agar kebersihan sungai dan keindahan di kawasan RoL dapat dikekalkan bagi melahirkan Keluarga Malaysia yang mempunyai mentaliti kelas pertama sekali gus menjayakan matlamat My City My Home," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi berkenaan semalam.
Shahidan turut berkata komponen pengindahan yang meliputi pembinaan jambatan pejalan kaki yang dibina menghubungkan Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Kolam Biru serta pembangunan semula Taman Tasik Titiwangsa telah siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Kawasan Kolam Biru ini akan menjadi destinasi tumpuan warga kota bagi melakukan pelbagai aktiviti riadah. - Gambar fail BERNAMA

568 lokasi di Johor dipilih untuk projek PoP Fasa 2 - Teo
Sebanyak 568 lokasi di Johor dipilih untuk pelaksanaan projek "Point of Presence" (PoP) Fasa 2.

Nahas 2 pelajar maut: Exco Johor berang, arah baiki jalan segera
Beliau turut mengarahkan ketua jabatan syarikat konsesi turun ke lokasi bagi menilai keadaan jalan dan memastikan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna.

JDT santuni anak yatim buka puasa di Stadium Sultan Ibrahim
Bersempena bulan Ramadan, gergasi Liga Super Malaysia, JDT berkesempatan menyantuni anak-anak yatim dengan menyediakan jamuan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim.

Pelanggan YouTube Premium kelak boleh pilih kualiti audio
YouTube akan memperkenalkan ciri memilih kualiti audio dengan pilihan Auto, Normal, dan High.

'Saya niaga untuk kumpul duit pembedahan mata isteri' - Pak Cik Petai
Menurut Mohd Noor, selagi mempunyai tulang empat kerat, dia akan terus berusaha mencari rezeki tanpa perlu menyusahkan anak-anaknya.

Earth Hour 2025: Mari matikan lampu selama sejam malam ini
Jom sama-sama matikan lampu selama sejam bermula 8.30 malam ini sebagai tanda solidariti ke arah melindungi alam sekitar.

Video tular bukan kes culik tapi wanita ditahan kerana serang pengunjung
Dalam kejadian jam 7.15 malam pada Jumaat, suspek sebelum itu dikatakan bercakap sendirian dan menjerit-jerit.

Terminal Bersepadu Gombak beroperasi sepenuhnya, penumpang harap lebih banyak bas
Penumpang berharap lebih banyak syarikat bas beroperasi di TBG untuk meningkatkan pilihan perjalanan, terutama menjelang musim perayaan.

Kerajaan Madani sentiasa hargai golongan agama - Zulkifli
Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.
Houthi lancar beberapa serangan peluru berpandu
Houthi juga mendakwa melancarkan serangan terhadap kapal induk Amerika Syarikat USS Harry S. Truman di Laut Merah.

Kolam Biru ikon baharu Kuala Lumpur
Projek 'River Of Life ' (ROL) dan 'Kolam Biru' mampu menjadi daya penarik baharu bandaraya Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.