Projek 'River Of Life ' (ROL) dan 'Kolam Biru' mampu menjadi daya penarik baharu bandaraya Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap merasmikan projek berkenaan malam tadi, Perdana Menteri berkata ROL dan Kolam Biru juga mampu menjadikan Kuala Lumpur setanding bandar terkemuka dunia yang lain.
"Ini adalah hasrat peribadi saya dan juga kerajaan untuk menjadikan ibu negara kita bertaraf dunia & liveability.
"Sedikit demi sedikit kita tukar wajah bandaraya Kuala Lumpur. Kalau dahulunya sesak, kini ada pengangkutan bertaraf dunia seperti MRT, LRT, High Speed Rail, TRX Bandar Malaysia.
"Cuba bayangkan dalam tempoh lima hingga enam tahun, bandaraya Kuala Lumpur akan sebaris dengan bandar terkemuka lain."
Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata ROL dan Kolam Biru yang bakal mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.
Najib menjelaskan, idea ROL tercetus apabila beliau tertarik melihat kebersihan dan projek pengindahan sungai ketika lawatan ke Stockholm, Sweden.
"Bayangkan, ikan trout pun boleh hidup dalam sungai di situ. Kita pun boleh buat, ia tidak mustahil jika kita mampu membersihkan dan mengindahkan lapan sungai sepanjang 110km yang dijangka siap pada 2020.
"Harus diingat, kawasan ini adalah kawasan kelahiran untuk segala-galanya yang berada di Kuala Lumpur. Ia sangat bersejarah. Kerana itu kita perlukan ROL, katanya.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata usaha untuk mengekalkan keindahan kawasan ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penguatkuasaan yang tegas dan berterusan serta penglibatan orang ramai dan pemilik bangunan persekitaran.
Jelasnya, kawasan ini juga mampu menarik pelancong dan menjadi ikon baharu industri pelancongan dilengkapi kemudahan tempat makan, istirehat, kebudayaan, kesenian dan lain-lain lagi.
"Jika ada tarikan lain, ada buskers, pelukis, kafe, kita boleh menikmati spaghetti atau char kue tiow untuk supper. Saya percaya ini semua boleh menjadi produk pelancongan, " tambahnya.
ROL yang dilancarkan pada 2011 itu adalah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur dan bakal mengangkat martabat Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia.
Ia bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 28 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan pelaksanaan fasa satu Projek River of Life (ROL) dan Kolam Biru di Masjid Jamek malam tadi. -Foto Bernama
Juruterbang Maut ketika sertai pertunjukan udara
Seorang juruterbang maut selepas pesawatnya terhempas ketika menyertai Pertunjukan Udara West Coast di Saldanha, Afrika Selatan, pada Sabtu.

Lanun Somalia bebaskan kapal berbendera Yaman selepas beberapa hari ditawan
Lanun Somalia membebaskan sebuah kapal nelayan berbendera Yaman yang dirampas pada 16 Mac di perairan dikuasai lanun.
Lapangan Terbang Heathrow kembali operasi sepenuhnya
Lapangan Terbang Heathrow kembali beroperasi sepenuhnya pada Sabtu namun menghadapi cabaran dalam banyak perkara.
[TERKINI] Perompak kedai emas ditahan dalam tempoh 12 jam
Seorang lelaki yang melakukan rompakan di sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Kota Damansara, berjaya diberkas dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.

Juruterbang maut ketika sertai pertunjukan udara
Menurut pihak berkuasa, juruterbang tersebut merupakan seorang veteran tentera udara yang sangat berpengalaman.

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3.5 juta
Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat lebih RM3.5 juta daripada lima syarikat korporat kepada MAIPk.

Orkid Semenanjung Malaysia: Permata tersembunyi yang perlu dilindungi
Pakar menekankan kepelbagaian spesies orkid di Semenanjung Malaysia serta kepentingan pemuliharaan tumbuhan unik ini yang memainkan peranan penting dalam ekosistem tempatan.

Sekolah Islam Antarabangsa pertama di Pulau Pinang dibangunkan
Sekolah Islam Antarabangsa Al Mashoor bakal menjadi sekolah Islam antarabangsa pertama di Pulau Pinang dibangunkan sebagai langkah strategik memperkukuh institusi pendidikan Islam di negeri itu.

RM1.6 juta untuk skim bantuan makanan berbungkus di Labuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi pelaksanaan skim bantuan makanan berbungkus untuk golongan asnaf di pulau bebas cukai ini.

Perompak kedai emas ditahan dalam tempoh 12 jam - KP Selangor
Suspek kini ditahan di IPD Petaling Jaya bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kolam Biru ikon baharu Kuala Lumpur
Projek 'River Of Life ' (ROL) dan 'Kolam Biru' mampu menjadi daya penarik baharu bandaraya Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.