Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan zakat itu didahului Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192.
Ia disusuli Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mesnor Bujang berjumlah RM1,034,000.
“Ia diikuti Royal College Of Medicine Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Kampus, Hisshamuddin Omar berjumlah RM400,000.
“Seterusnya TM Technology Services Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Perniagaan TM ONE, Wilayah Utara, Ahmad Nazri Ambi RM509,262,” katanya dalam kenyataan di sini.
Syamsul Hazeman berkata, penyerahan zakat terakhir oleh Zaman Motors Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarahnya, Datuk Khadri Khalid dengan jumlah RM124,400.
Majlis penyerahan zakat itu diakhiri dengan majlis iftar yang turut dihadiri oleh Pegawai Agama dan Imam.
