SHAH ALAM: Pelarian Rohingya tidak sepatutnya mendapat layanan istimewa, sebaliknya perlu mendapat lebih kecaman susulan sikap mereka yang biadab dan tidak mematuhi undang- undang sedia ada di negara ini.
Peguam, Norman Fernandez berkata, gesaan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom) supaya aktiviti xenofobia dan kempen kebencian terhadap pelarian itu dihentikan, tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, ini kerana etnik tersebut didakwa telah naik ‘tocang’ dan mula menganggap bahawa mereka adalah tuan rumah atau penduduk tetap di negara ini.
“Apabila sudah lama berada di Malaysia dan sudah meningkat jumlah, mereka (Rohingya) sudah mula naik tocang dan dan mula menganggap menjadi tuan di negara ini serta menuntut hak-hak seolah-olah mereka adalah warganegara.
“Kebencian rakyat Malaysia dan khususnya orang Melayu-Islam adalah kerana kebiadaban orang Rohingya dan mereka didapati tidak tahu untuk mengamalkan kebersihan dan tingkah laku yang sopan.
“Mereka juga dikenali sebagai orang yang tidak patuh undang-undang dan percaya bahawa dengan memiliki Kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian), mereka cukup kebal untuk lakukan apa sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sinar Ahad melaporkan Merhom menggesa supaya aktiviti xenofobia dan kempen kebencian terhadap pelarian Rohingya di negara ini dihentikan.
Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menerima banyak laporan jenayah kebencian daripada mangsa pelarian Rohingya termasuk kes langgar lari dan serangan fizikal.
Menurut Norman, kesedaran penduduk negara yang semakin tinggi dan rasa simpati khususnya orang Melayu-Islam sudah tiada terhadap pelarian itu.
Jelasnya, kerajaan juga perlu memainkan peranannya dengan mendengar suara-suara rakyat yang semakin lantang mahukan orang Rohingya diusir.
“Apa yang kerajaan Malaysia perlu sedar ialah Myanmar tidak mengiktiraf orang Rohingya sebagai rakyat dan warganegara. Myanmar juga tidak akan membenarkan orang Rohingya kembali.
“Kedua negara-negara barat tidak akan memberi penempatan negara ketiga kepada Rohingya kerana mereka adalah orang Islam dan langsung tidak mempunyai apa-apa nilai kepada negara. Rohingya dilihat sebagai beban dan perlu menyediakan wang yang besar untuk menjaga kebajikan mereka.
“Seramai 57 negara Islam pun tidak mahu memberikan penempatan buat Rohingya. Sedangkan, negara-negara kaya Timur Tengah boleh mengambil orang Rohingya bekerja sebagai buruh tetapi enggan,” ujar beliau.
Sebaliknya, menurut Norman, negara-negara Islam mempertanggungjawabkan Malaysia untuk memikul beban tersebut dan menjadikan pelarian Rohingya sebagai tanggungan kekal negara.
Tambahnya, kesemua Rohingya yang berada di negara ini perlu diambil tindakan dengan menempatkan di kem pelarian supaya tidak diberi kebebasan bergerak yang seterusnya mengganggu ketenteraman awam.
“Kehidupan orang Rohingya tidak disekat kebebasannya di sini (Malaysia). Mereka bebas bergerak. Kalau ada kem, saya rasa mesti akan berkurangan kerana mereka tidak mahu duduk di situ,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023
Norman mendakwa, kesedaran penduduk negara ini yang semakin tinggi dan rasa simpati khususnya orang Melayu-Islam sudah tiada terhadap pelarian Rohingya. - Foto Sinar Harian
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.