BILIK Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya pada Ahad. Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalillail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran. RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis. Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Pelancaran RMSR melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan terujudnya RMSR disetiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.
Menurut Dato’ Azmir, tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.
Majlis juga menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh Dato’ Azmir Jaafar kepada Mohd Nazim Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika dalam perintah kawalan pergerakan,” kata Dato’ Azmir agi.
Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena Tahu Baharu Cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadan nanti.
Kenyataan Media
Tue Mar 01 2022

RMSR menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori untuk merangsang deria-deria asas bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran. - Foto McDonald's

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

RMHC Malaysia sumbang Bilik Terapi Sensori khusus untuk kanak-kanak OKU
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis dibuka secara rasmi.