KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini hingga 2025.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 itu dijangka memanfaatkan 2,000 usahawan terutama daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Dana ini merangkumi pembiayaian fi bagi semua pemfailan komponen harta intelek termasuk kos bagi kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal seperti penderafan paten.
"Diharap dana ini dapat membantu meringankan beban usahawan tempatan seterusnya meningkatkan daya saing melalui perlindungan harta intelek dan merangsangkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dana itu di Akademi Harta Intelek MyIPO di sini hari ini.
Nanta menyeru lebih ramai usahawan memanfaatkan tawaran dana itu bagi memperoleh hak eksklusif ke atas jenama, reka cipta, reka bentuk dan karya yang dihasilkan mereka.
Beliau juga mahu usahawan memastikan harta intelek yang didaftarkan dieksploitasikan secara maksimum agar dapat menjana pulangan kepada usahawan seterusnya meningkatkan ekonomi domestik.
Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 merupakan kesinambungan daripada sambutan menggalakkan semasa siri satu yang bermula pada 2016 hingga 2020.
Sepanjang tempoh tersebut, seramai 1,465 usahawan mendapat manfaat melalui pemberian dana itu.
Dalam pada itu, Nanta berkata MyIPO telah merekodkan peningkatan permohonan harta intelek pada tahun lepas iaitu 58,079 berbanding 50,894 pada 2020.
"Daripada jumlah itu, 21,275 permohonan adalah permohonan harta intelek tempatan dengan peningkatan 5.8 peratus berbanding 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
![RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643118005_DatukSeriAlexander.jpg)
Nanta menyeru lebih ramai usahawan memanfaatkan tawaran dana itu bagi memperoleh hak eksklusif ke atas jenama, reka cipta, reka bentuk dan karya yang dihasilkan mereka. - Gambar/ Bernama
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024 KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720355095_KejohananUniversit.jpg)
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643118005_DatukSeriAlexander.jpg)
RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0
Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini hingga 2025.