BATU PAHAT: Sebanyak RM4.11 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf kualiti dan infrastruktur telekomunikasi serta jaringan digital di seluruh negeri Johor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ia melibatkan Fasa Satu program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dengan perbelanjaan RM589 juta yang sedang dilaksanakan ketika ini manakala Fasa Dua akan disambung pada awal tahun depan.
"Johor merupakan negeri mempunyai potensi sangat besar dalam bidang industri kreatif dan juga dari aspek penyertaan usahawan-usahawan mikro kecil dan sederhana bagi melibatkan diri dalam program digital yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini.
"Ia juga untuk membolehkan Johor bergerak ke hadapan dengan memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital agar prasarana telekomunikasi di Johor dapat dipertingkatkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Riuh Ek! Keluarga Malaysia di Arena Warna, Ayer Hitam di sini malam tadi.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 222 pemancar baharu di Johor akan dinaik taraf manakala 109 pemancar sudah siap dibina selain 113 lagi dalam proses pembinaan.
"Pada masa ini kementerian menyasarkan untuk mencapai 413,000 rumah atau premis mendapat perkhidmatan gentian optik, yang menyaksikan 246,901 telahpun siap dan 166,593 sedang dalam pembinaan.
"Johor akan menerima jumlah Point of Presence (PoP) antara paling tinggi menjadikan 623 PoP. Dengan perbelanjaan kira-kira RM934 juta dan ini akan mempersiapkan Johor bergerak ke hadapan sebagai negeri yang berada di saf hadapan bukan sahaja dalam industri kreatif juga ekonomi digital," katanya.
Terdahulu, Annuar sempat meluangkan masa melawat gerai jualan barangan kreatif, cemil-cemilan (snacks), buah-buahan, persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif, pameran seni serta kios jualan serta menyantuni orang ramai yang menghadiri program Riuh Ek!.
Ayer Hitam, Johor menjadi lokasi pertama jelajah Program Riuh Keluarga Malaysia pada 2022.
Program yang diadakan selama tiga hari sehingga esok bertujuan memperkasa dan mendukung usahawan kreatif serta pengamal seni tempatan.
Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu turut komited menggiatkan semula landskap industri kreatif tempatan yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 sejak wabak itu melanda pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Annuar berkata ia melibatkan Fasa Satu program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dengan perbelanjaan RM589 juta yang sedang dilaksanakan ketika ini manakala Fasa Dua akan disambung pada awal tahun depan. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

RM4.11 bilion untuk naik taraf kualiti, infrastruktur telekomunikasi Johor
Sebanyak RM4.11 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf kualiti dan infrastruktur telekomunikasi serta jaringan digital di seluruh negeri Johor.