PUTATAN: Sabah telah memperuntuk RM2.41 juta bagi melaksanakan program Satu Daerah Satu Produk dalam usaha membangunkan usahawan dan industri di kawasan luar bandar di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menggalakkan usahawan luar bandar mengusahakan produk tempatan seperti pembuatan gong, gubahan bunga, manik dan produk makanan berasaskan bahan tempatan.
Beliau berkata usaha ini memperlihat komitmen kerajaan negeri yang terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif serta program pembangunan di Negeri Di Bawah Bayu termasuk pemberian geran, latihan, bimbingan serta akses kepada pasaran dan pembiayaan.
"Saya berharap usahawan di luar bandar tidak melepaskan peluang ini untuk meningkatkan sumber ekonomi masing-masing," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan MADANI Peringkat Daerah Putatan di Dataran Pomoi di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmy Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.
Hajiji juga berkata kerajaan negeri telah mewujudkan Pusat Produk Industri Kecil Sederhana (IKS) atau IKS Mart di Beaufort, Tuaran, Kota Marudu, Ranau serta di Oceanus Mall Kota Kinabalu dan sedang membangunkan pusat sama di Sandakan, Keningau, Kalabakan serta Luyang.
"Inisiatif ini adalah bagi membantu membangunkan sektor IKS dengan menyediakan ruang kepada usahawan tempatan untuk mengumpul, mempromosi dan menjual produk tempatan dari seluruh daerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Hajiji berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menggalakkan usahawan luar bandar mengusahakan produk tempatan seperti pembuatan gong, gubahan bunga, manik dan produk makanan berasaskan bahan tempatan. - Gambar Bernama
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.

RM2.41 juta diperuntuk bangunan usahawan, industri luar bandar Sabah - Hajiji
Sabah telah memperuntuk RM2.41 juta bagi melaksanakan program Satu Daerah Satu Produk dalam usaha membangunkan usahawan dan industri di kawasan luar bandar di negeri ini.

Banjir: 37 orang dipindahkan di Membakut, Sabah
Sebanyak 37 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Membakut, setakat 8 malam ini.

Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Pendaftaran PADU, 'flying squad' digerak ke kawasan pedalaman
Kerajaan akan menggerakkan pasukan 'flying squad' bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), khususnya di kawasan pedalaman.

Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.

Gempa bumi Afghanistan: Usaha mencari mangsa diteruskan
Pasukan kecemasan berusaha keras menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan bangunan.

5G: Kemampanan teknologi tidak harus dinikmati golongan elit, pemerintah sahaja - Anwar
Kerajaan mahu setiap rakyat di negara ini termasuk di bandar dan kawasan pedalaman mendapat akses dan peluang yang sama untuk menikmati pembangunan yang mampan termasuk rangkaian 5G.

Perak berhasrat perluas penggunaan Starlink di kawasan pedalaman - Exco
Perak berhasrat memperluaskan penggunaan Internet Starlink yang berperanan menyediakan kemudahan capaian jalur lebar lebih baik terutama di kawasan pedalaman di negeri itu.

PPRS sedia 73 calon bebas tanding PRN Sabah
NGO itu telah meneliti segala masalah yang dihadapi rakyat di kesemua kawasan DUN Sabah termasuk di pedalaman.