KAMPAR: Kerajaan Perak berhasrat memperluaskan penggunaan peranti Internet Starlink, yang berperanan menyediakan kemudahan capaian jalur lebar lebih baik terutama di kawasan pedalaman di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, penggunaan peranti mudah alih, bukan sahaja mampu menyelesaikan isu capaian jalur lebar, malah berupaya mewujudkan akses lebih luas serta pantas kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat.
"Kita amat mengalu-alukan sekiranya Kementerian Komunikasi dan Digital mahu melakukan perbincangan bagi memperluaskan penggunaan Starlink, di kawasan luar bandar.
"Namun begitu, ada beberapa cabaran yang perlu dilihat, salah satunya kos dalam membiayai Starlink ini, kelajuan capaian Internet dan lain-lain, yang perlu diperhalusi," katanya selepas melancarkan laman sesawang Press Rider, Jabatan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, pada Jumaat.
Pada 24 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink, bagi membantu 435 penduduk Orang Asli Kampung Tonggang, Hulu Kinta mendapatkan kemudahan Internet stabil.
Sementara itu, Azlan berkata, sebanyak 105 menara telekomunikasi di bawah pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 yang sedang dalam proses pembinaan, dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini, di Perak.
Tambahnya, antara cabaran dihadapi bagi menyiapkan pemasangan kemudahan itu ialah isu pemilikan tanah dan beberapa masalah lain, yang memerlukan masa untuk diselesaikan.
"Kita juga sedar masih ada lagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan, yang kita angkat ke pihak kementerian. Kerjasama dengan Digital Perak dan pihak syarikat komunikasi dapat membantu mengatasi masalah di kawasan mereka," katanya.
Mengulas mengenai pelancaran laman sesawang Press Rider, Azlan berkata, ia merupakan satu usaha yang wajar diberikan pujian, kerana berperanan dalam menyampaikan berita berkualiti kepada para mahasiswa UTAR serta komuniti setempat.
"Dalam dunia yang semakin kompleks dan berubah dengan pantas, laman sesawang Press Rider pasti akan menjadi tonggak penting dalam penyampaian berita yang boleh dipercayai dan relevan.
"Saya berharap platform ini akan terus berkembang, memperkukuhkan integriti industri media dan memberi impak positif kepada masyarakat. Pelancaran laman sesawang ini hanyalah langkah awal dalam satu perjalanan kewartawanan digital yang menarik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
![Perak berhasrat perluas penggunaan Starlink di kawasan pedalaman - Exco Perak berhasrat perluas penggunaan Starlink di kawasan pedalaman - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691735590_Starlinkinternet.jpg)
Mohd Azlan berkata, penggunaan peranti mudah alih berupaya mewujudkan akses lebih luas serta pantas kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat. - Gambar fail/FB Fahmi Fadzil
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718687065_TBSTARLINK.jpg)
Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hgan.
![Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704967575_TBMeasatjpg.jpg)
Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.
![Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707976262_TBStarlinkjpg.jpg)
Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri
Perkhidmatan seperti Starlink wujud, tetapi Taiwan risau ia boleh tergendala bila-bila masa mengikut kehendak SpaceX.
![Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709137201_FahmiFadzil.jpg)
Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.
![Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707976262_TBStarlinkjpg.jpg)
Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah
Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa.
![Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704967575_TBMeasatjpg.jpg)
Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia
Measat kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.
![Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704343735_TBStarlinkSatelit.jpg)
Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.
![Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698553977_FahmiFadzil.jpg)
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
![Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654249274_ElonMusk.jpg)
Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza
Ia akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.
![Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691735590_Starlinkinternet.jpg)
Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC
Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).