KUANTAN: Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan tiada lagi situasi pelajar terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan liputan Internet.
"Saya sudah beritahu Menteri Digital (Gobind Singh Deo), mulai akhir tahun ini sehingga seterusnya tidak ada lagi pelajar yang panjat pokok untuk dapatkan liputan kerana kita ada 5G.
"Kita ada 5G, maka hal ini kita akan terus buat coverage bagi kawasan pendudukan rendah, low density, agar dapat beri liputan terutamanya di kawasan Felda, desa, Orang Asli dan pedalaman wajib diberikan coverage secukupnya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata sebanyak 8,104 makmal komputer di sekolah perlu dinaik taraf dan mampu digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid sekolah dalam usaha memastikan Dasar Pendidikan Digital mencapai objektif yang digariskan.
"Saya pohon pihak kementerian (Kementerian Pendidikan) untuk jadikan perkara ini keutamaan agar kerja dan peranan para guru sebagai "Jauhari Digital" dipermudahkan. Selain itu, saya turut dimaklumkan pembekalan peranti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid di makmal komputer telah kita laksanakan secara berfasa.
"Bermula dari 2022 sehingga kini, ia telah memanfaatkan 11,220 sekolah dengan 213,014 unit komputer riba telah disediakan. Saya akan berbincang bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) agar dana tambahan untuk pembekalan peranti ini dapat diluluskan seperti yang dipohon oleh pihak kementerian," katanya.
Beliau juga berkata akan turut berbincang dengan Perdana Menteri supaya Kementerian Pendidikan (KPM) akan diberikan bajet lebih tinggi dalam belanjawan akan datang berbanding sebelum ini sekitar RM58.7 bilion dalam Bajet 2024 dalam menyediakan peralatan pembelajaran mencukupi serta pelbagai inisiatif lain.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata negara yang ketika ini berada dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR), memerlukan sistem pendidikan yang melahirkan murid fasih teknologi digital agar mereka dapat dipersiapkan untuk bersaing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan yang selari dengan evolusi dunia digital.
Justeru, Ahmad Zahid berkata KPM perlu berupaya mengatur strategi untuk memastikan keupayaan teknologi digital menjadi sebahagian daripada tradisi budaya menimba ilmu dalam kalangan generasi Madani.
"Aspirasi negara Madani yang kita idamkan adalah sebuah negara yang berpengetahuan, berakhlak, dan progresif. Dalam hal ini, peranan guru amat penting. Pendidikan dan teknologi adalah kunci utama dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing dan harmoni.
"Justeru, tema "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani" ini amat bertepatan untuk menyokong Dasar Pendidikan Digital yang telah dilancarkan pada 28 Nov 2023 oleh Fadhlina Sidek bagi kita meningkatkan keupayaan pendidikan yang termaktub sebagai satu daripada tujuh Teras Utama KPM," kata Ahmad Zahid.
Seramai 3,000 warga pendidik dari seluruh negara menghadiri majlis sambutan tersebut dan pada majlis itu juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Sulaiman Wak diumumkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2024.
Tokoh Guru Kebangsaan 2024 pula dianugerahkan kepada bekas guru Sejarah Masariah Mispari yang kini Ketua Panel di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Ahmad Zahid ketika hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini. - Gambar/ Bernama

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.