ISKANDAR PUTERI: Sejumlah RM19 juta telah diluluskan kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan keberkesanan sistem ramalan dan amaran banjir di negeri Johor, Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) diberitahu, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor K. Raven Kumar berkata kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, telah pun mengambil beberapa langkah proaktif sebagai persediaan untuk berhadapan dengan pelbagai perubahan fenomena yang boleh mengakibatkan bencana termasuk banjir.
"Projek (sistem ramalan dan amaran banjir) yang sedang berjalan ini dan dijangka siap pada awal tahun 2024, akan menaik taraf 140 stesen hidrologi dan akan membina stesen hidrologi baharu di 100 lagi lokasi," kata beliau pada sesi penggulungan di persidangan DUN Johor, Bangunan Sultan Ismail, dekat sini, hari ini.
Selain itu, Raven Kumar (BN-Tenggaroh) berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor juga, sedang menyiapkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi kawasan Tebrau/Plentong di Johor Bahru dan juga Pengerang, Kota Tinggi.
Beliau berkata kesemua pelan induk tersebut akan menjadi rujukan utama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menaik taraf sistem saliran dalaman.
"Untuk kawasan pertanian Johor Barat di daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar, kerajaan negeri juga telah pun menyiapkan laporan akhir yang mana elemen perubahan iklim juga telah diambil kira dalam menyediakan cadangan-cadangan mitigasi banjir, termasuk banjir termenung," katanya.
Raven Kumar berkata bagi memastikan kelancaran operasi ketika musim banjir yang dijangka akan berlaku pada penghujung tahun ini, JPS Johor sentiasa memberikan kerjasama dalam menyediakan data hujan dan aras air sungai bagi kegunaan semua agensi yang berkaitan, sebagai persediaan bagi menghadapi bencana itu.
Beliau berkata jabatan itu juga sentiasa peka dengan memberikan amaran kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah, jika berlaku kejadian hujan lebat dan air pasang besar yang boleh menyebabkan risiko banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Raven Kumar berkata kesemua pelan induk tersebut akan menjadi rujukan utama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menaik taraf sistem saliran dalaman. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.