IPOH: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak pada Khamis mempersoalkan peruntukan subsidi sebanyak RM155 juta kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.
Pengerusinya, Mutalib Uthman berkata, kemudahan pengangkutan awam adalah perkara asas yang diperlukan oleh masyarakat dan bukan hanya khusus digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang semata-mata.
Tegasnya lagi, mengambil contoh di Perak, dia mendakwa kerajaan negeri mahu pun Persekutuan langsung tidak memandang serius berhubung isu pengangkutan awam.
"Muda menyambut baik perkhidmatan percuma yang diumumkan Perdana Menteri.
Namun angka peruntukan sebesar RM155 juta tersebut wajar digunakan secara pragmatik (cekap, praktikal).
"Mungkin Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa terdapat ramai pengguna perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh yang berulang alik ke Kuala Lumpur setiap pagi dan malam.
"Lihat sahaja tiket ETS KTMB jam 5.10 pagi yang sentiasa penuh ditempah oleh pengguna tetap yang berulang alik Ipoh-Kuala Lumpur setiap hari," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mutalib turut mempersoalkan mengapa peruntukan itu tidak digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan awam di seluruh negara.
Tambahnya, pengangkutan awam di kebanyakan daerah negeri ini juga tidak efisien, malah ada langsung tiada kemudahan itu yang menghubungkan kawasan berdekatannya.
"Tahun lalu kerajaan negeri ada mengumumkan perancangan mewujudkan Transit Aliran ringan (LRT) di Ipoh bagi menghubungkan bandar-bandar kecil di sekitarnya, namun masih tiada sebarang perkembangan sehingga kini.
"Tidak perlu kita bicara mengenai kawasan luar bandar seperti Pengkalan Hulu, lihat sahaja di Tambun, iaitu sebuah kawasan membangun dalam Ipoh misalnya.
"Akses pengangkutan awamnya masih di peringkat yang amat mendukacitakan. Setiap hari kawasan Tambun begitu sesak dengan ratusan kereta yang melalui jalan utamanya.
"Ketahuilah, bahawa rakyat Malaysia bukan di Lembah Klang semata. Pengkalan Hulu di sempadan sana juga masih rakyat Malaysia yang perlukan kemudahan pengangkutan awam," katanya lagi.
Justeru pihaknya berharap supaya kawasan lain tidak dipinggirkan daripada menerima limpahan peruntukan tersebut.
"Sudahlah jurang digital semakin melebar saban hari, apakah kawasan selain lembah klang wajar dianak-tirikan dengan jurang pengangkutan awam?" tanya beliau.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.
BACA: Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM libat subsidi RM155 juta - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut membolehkan penumpang di dua perkhidmatan itu menikmati kemudahan tersebut selama sebulan.
Aida Aziz
Thu Jun 16 2022

Mutalib Uthman berkata, kemudahan pengangkutan awam adalah perkara asas yang diperlukan oleh masyarakat dan bukan hanya khusus digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang semata-mata. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

RM155 juta peruntukan subsidi di Lembah Klang, orang Pengkalan Hulu dapat apa? - Muda Perak
Muda Perak mempersoalkan peruntukan subsidi sebanyak RM155 juta kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan KTMB Lembah Klang.