SINGAPURA: Ternyata ada sinar harapan buat bayi pramatang Malaysia yang dilahirkan di Singapura selepas kutipan derma kilat yang dilancarkan di Malaysia bagi membiayai kos perubatannya berjaya mengumpul RM1.2 juta dalam tempoh 29 jam.
"Ibu bapa dan orang ramai dari seluruh dunia telah memberi restu dan semangat kepada bayi yang dilahirkan ketika kandungan berusia 24 minggu itu agar dia berpeluang untuk terus hidup," demikian menurut badan bukan kerajaan (NGO) One Hope Charity Welfare yang berpangkalan di Pulau Pinang ketika mengumumkan kejayaan kutipan derma itu.
Berdasarkan pemerhatian Bernama, kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.
Ketika ini, bayi pramatang yang dinamakan Eloise Ang Xuan Rui telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk terus hidup, menurut One Hope Charity Welfare dalam laman Facebooknya.
"Perkembangan pertumbuhan bayi itu adalah positif, berat badannya meningkat secara beransur-ansur dan sudah boleh diinkubasi dengan selamat sehingga proses tumbesarannya lengkap.
"Jika keadaannya stabil, hospital yang merawatnya ketika ini boleh mengatur untuk memindahkan bayi itu ke hospital di Malaysia untuk pemerhatian," menurut NGO itu.
Ia turut berkongsi beberapa keping gambar Eloise yang memaparkan tubuhnya penuh berselirat dengan tiub.
Bayi perempuan itu dilahirkan hanya seberat 670 gram dengan saiz badan sebesar tapak tangan.
Menurut One Hope Charity, kos perubatan untuk bayi itu dianggarkan sebanyak S$400,000 atau RM1.25 juta sedangkan ibu bapanya, yang bekerja di republik itu, hanya mampu menyediakan RM50,000.
Ibu bayi itu, Koh Pei Ying, 29, melahirkan Eloise pada 22 Feb lepas pada 3 pagi selepas mengalami sakit perut sejak 19 Feb.
One Hope Charity menyatakan Eloise, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi inkubasi selama kira-kira 160 hari, dilahirkan ketika kandungan berusia kurang 28 minggu, yang menjadikan dia digelar sebagai 'micro preemie.'
"Kulitnya hampir telus sehingga aliran darahnya dapat dilihat dengan mata kasar. Dia bukan sahaja harus dijaga dengan teliti malah perlu sentiasa dipantau meskipun jika berlaku perubahan paling kecil.
"Oleh kerana dia dilahirkan pada usia kehamilan 24 minggu, banyak organnya belum terbentuk sepenuhnya termasuk paru-paru dan otak," menurut NGO itu tanpa mendedahkan nama hospital di Singapura di mana bayi itu ditempatkan.
One Hope Charity, yang melancarkan kempen kutipan derma kilat pada Ahad, menyatakan bahawa langkah itu telah mencetuskan impak yang besar di seluruh dunia.
"Sumbangan bukan hanya diterima daripada para dermawan di Malaysia malah dari Singapura, Brunei, Taiwan, Amerika Syarikat dan banyak negara lain, yang mendoakan kesejahteraan bayi pramatang dengan semangat juang tinggi itu," menurut NGO itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021
Ibu bayi itu, Koh Pei Ying, melahirkan Eloise pada 22 Feb lepas pada 3 pagi selepas mengalami sakit perut sejak 19 Feb. - Facebook One Hope Charity & Welfare
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Polis berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
Rasionalisasi subsidi diesel beri penjimatan hingga RM7.5 bilion setahun - Amir Hamzah
Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Titah addendum | Dialog tiga peguam
Apa yang boleh kita fahami tentang titah adendum, kuasa prerogatif YDPA dan fungsi Lembaga Pengampunan? Salah tafsir peruntukan undang-undang punca menimbulkan persepsi dan persoalan yang sering dipolitikkan? Tiga peguam berkongsi ‘ilmu perundangan’ dalam Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
KPDN Pulau Pinang rampas pelbagai barangan bernilai RM3.31 juta sepanjang 2024
KPDN Pulau Pinang merampas barangan bernilai RM3.31 juta melalui operasi dan pemeriksaan yang dijalankan di 52,473 premis perniagaan seluruh negeri, tahun lepas.
Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.
Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.
Nekad jual kereta, pasangan kongsi cabaran besarkan anak pramatang
Tindakan nekad menjual kereta bagi memastikan bayi lelaki pramatang dilahirkan isteri Suraya Mohd Ismail, 34, membesar seperti bayi normal lain, merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan.
28 bayi pramatang dipindahkan dari Gaza ke Mesir
Bayi yang baru lahir itu berada di Hospital Al-Shifa di utara Gaza di mana beberapa yang lain telah meninggal dunia.
Gaza hadapi peningkatan bayi pramatang dan keguguran
Menurut Pengarah Jabatan Bersalin dan Nurseri Hospital Nasser di Khan Younis, jumlah kelahiran bayi telah menurun dua kali ganda.
Kekejaman Zionis: Bayi pramatang dalam risiko besar di Al-Shifa
Bayi-bayi di Hospital Al-Shifa, Gaza, kini berada dalam risiko yang besar kehilangan nyawa dengan setiap detik yang berlalu.
Raja Permaisuri berkenan ziarah pasangan kembar siam pramatang
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Bayi perlu dana RM90,000 untuk bedah jantung
Bayi itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
COVID-19: Bagaimana pandemik beri kesan kepada ibu hamil
Selain bimbang dengan bayi dalam kandungan, isu ekonomi, kesihatan dan masalah mental antara yang dilihat memberi impak kepada golongan tersebut.
RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.
Wanita lahirkan tiga anak dalam sebulan
Seorang wanita yang mempunyai dua rahim melahirkan anak kembar tidak seiras hampir sebulan selepas kelahiran bayi lelaki pramatang.