KLUANG: Sejumlah RM1.08 bilion diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara bagi tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu adalah bagi menampung kos baik pulih jalan raya sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira RM150.6 juta diperuntukkan bagi projek penyelenggaraan jalan di Zon Selatan melibatkan tiga buah negeri terdiri daripada Pahang sebanyak RM66.08 juta, Johor sebanyak RM60.9 juta dan Negeri Sembilan sebanyak RM23.63 juta.
"Pelaksanaan program ini nanti akan dapat berjalan lancar memenuhi bukan sahaja hasrat di peringkat kerajaan negeri tetapi terutamanya harapan pengguna jalan raya supaya jalan kita lebih selamat dan selesa untuk digunakan pengguna jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 di Stesen Keretapi Kluang pada Sabtu.
Jelas beliau lagi, peruntukan itu dijangka mampu memperkasa usaha menaik taraf jalan raya melibatkan pembinaan bahu jalan, median, 'pusingan u' dan penurapan jalan.
Sementara itu katanya, projek menaik taraf jalan di jalan Persekutuan FT050 dari Ayer Hitam ke Kluang di Johor bakal menerima tambahan peruntukan sebanyak RM385.13 juta bagi Fasa 3B.
Projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan maut sepanjang jajaran berkenaan.
Menurut Fadillah lagi, laluan itu dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan tertinggi di Malaysia dengan 52 kemalangan dicatatkan dari tahun 2020 sehingga Jun 2022.
Aiman Hakeem Awazmin
Sat Aug 20 2022

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof bercakap pada sidang media Program Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KKR mohon lebih banyak peruntukan untuk selenggara jalan di Sarawak - Nanta
Kementerian Kerja Raya akan berusaha untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan di Sarawak dengan memohon lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.

KKR lulus RM113 juta selenggara jalan, cerun di negeri terjejas banjir
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan permohonan berjumlah RM113 juta bagi menyelenggara jalan dan cerun di negeri terjejas banjir pada Monsun Timur Laut ini.

RM1.08 bilion diperuntuk selenggara jalan Persekutuan - Fadillah
Sejumlah RM1.08 bilion diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara bagi tahun ini.

Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini.