BUTTERWORTH: Juadah ayam masak merah menjadi kenangan bagi lima beradik yatim piatu setiap kali berbuka puasa setelah kehilangan ibu bapa tersayang yang maut dalam kemalangan akibat dilanggar pemandu dipercayai mabuk, tahun lalu.
Kini, Nur Afni Khairizul, 17, dan empat adiknya Nur Istna Nadira, 15; Nur Erna Nabila, 13; Nur Qurratul Ain, 8; dan Muhammad Khairi Zafran, 3, menumpang kasih dengan datuk mereka, Hassan Ismail, 68, dan nenek Asma Laili Muhammad, 59, serta ibu saudara, Nurliana, 26.
Ketika ditemui di rumah datuk dan nenek di Jalan Mohd Saad, di sini, Nur Afni mengakui betapa berbuka puasa tanpa ibu dan ayah di sisi menjadi sesuatu yang amat memilukan.
Malah, kenangan berbuka puasa bersama masih segar dalam ingatannya setiap kali dia menjamah ayam masak merah yang juga menu kegemaran arwah ibunya.
"(Memang rindu) berbuka puasa dengan mama dan abah... memang lainlah kalau tidak ada mereka, tetapi itulah hakikatnya... sudah lebih setahun tanpa mereka. Rindu hendak makan ayam masak merah," katanya.
BACA: Selepas dua bulan bertarung nyawa, Zuriana meninggal dunia
BACA: JPN P. Pinang beri khidmat kaunseling kepada anak mangsa kemalangan maut
Nur Afni berkata sebelum ini dia akan membantu ibunya memasak ayam masak merah untuk dijadikan juadah berbuka puasa namun, kini ia hanya tinggal kenangan.
Sebaliknya, tahun ini dia membantu neneknya menyediakan juadah berkenaan tanpa kehadiran ibu tersayang.
"Selalu saya tolong mama masak selepas habis sekolah petang namun sekarang semuanya tinggal kenangan," ujarnya.
Sementara itu, Asma Laili memberitahu kenangan berbuka puasa bersama arwah anak dan menantunya tidak pernah dilupakan, malah dia yang mengajar arwah Zuriana cara menyediakan ayam masak merah.
"Tambah lagi hendak sambut hari raya... memang teringat, memang hari-hari tidak pernah lupa anak dan menantu. Dia (Zuriana) yang paling ceria dalam rumah ini, kalau ada apa-apa hendak buat, mama mereka yang paling ceria," jelasnya.
Media sebelum ini melaporkan, lima beradik itu menjadi yatim sekelip mata apabila bapa mereka maut akibat kemalangan.
Dalam kemalangan pada 9 Februari 2020, Khairizul Mohamad Noor, 38, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya, Zuriana Hasan, 35, dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Zuriana pula menghembuskan nafas terakhir selepas dua bulan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Apr 28 2021

Kenangan berbuka puasa bersama ibu dan ayah masih segar dalam ingatan lima beradik yatim piatu. - Gambar/ Astro AWANI

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Uncle Mike terima anugerah Maulidur Rasul
Tindakan Tong menjaga Rafie Ahmad Fauzi dan dua adiknya sejak 2008 disifatkan sebagai memartabatkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kelantan teliti bantuan kepada pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa
Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan pelajar itu, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang kini tinggal di rumah sewa sejak beberapa tahun lalu.

Anak yatim piatu peluk batu nisan lepas rindu ahli keluarga maut nahas
Seorang anak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.

Raya yang suram bagi dua remaja kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
Sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai yang menyambutnya, kerana kini mereka dapat pulang ke kampung halaman bertemu orang yang dirindui.

Hasrat pakai sedondon dengan ibu bapa tak kesampaian
Hasrat lima beradik di Taman Sunggala di sini untuk memakai pakaian sedondon bersama ibu bapa tidak kesampaian selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lalu.

Nasib pelarian yatim piatu di negara perang
Kesan perang terhadap kanak-kanak Syria dianggap yang paling dahsyat pernah terjadi dalam sejarah.

Suami isteri maut nahas, dua anak yatim piatu sekelip mata
Anak mereka lelaki berusia lapan tahun dan perempuan berusia enam tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yatim piatu akibat COVID-19: 'Institusi' merupakan pilihan terakhir - Pakar
Prof. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata ahli keluarga terdekat merupakan sistem sokongan terbaik kepada mereka.

Rindu ibu ayah, ayam masak merah jadi kenangan berbuka 5 beradik yatim piatu
Ayam masak merah menjadi kenangan bagi lima beradik yatim piatu setiap kali berbuka puasa setelah kehilangan ibu bapa tersayang yang maut dalam kemalangan akibat dilanggar pemandu dipercayai mabuk.