Melalui perkongsian di laman Facebook Kuala Selangor Official kejadian itu berlaku antara jam 2.30 hingga 3 petang pada Jumaat.
"Kejadian ribut di Puncak Alam sebentar tadi," tulisnya di laman sosial itu.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas struktur papan tanda pasar raya berkenaan rosak ekoran ribut kuat yang melanda lalu menghempap kenderaan yang diparkir di hadapan premis berkenaan.
"Kesiannya, semoga dipermudahkan segala urusan pemilik-pemilik kereta terbabit," tulis Rosiey Ate di ruangan komen.
Sementara itu, seorang lagi pengguna laman Facebook, Boss Shaiful Hafsham turut berkongsi beberapa gambar memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.
"Ribut lalu di Puncak Alam, Semoga dipermudahkan urusan, jaga-jaga semua. Tempat "clear", awan cantik tiba-tiba boleh jadi ribut, panas tiba-tiba hujan," tulisnya.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan mengenai kejadian ribut di Puncak Alam. - Sinar Harian