Kejadian hujan lebat serta angin kencang yang melanda Perlis malam tadi disebabkan fenomena cuaca yang dikenali sebagai garis badai.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata garis badai yang merupakan keadaan di mana jajaran awan ribut petir berada dalam satu garisan berlaku apabila angin kencang dari Laut Andaman bertembung dengan angin perlahan di utara Selat Melaka.
Katanya, awan ribut petir yang terbentuk itu bergerak laju dari laut ke darat dan kebiasaannya ia berlaku di Selat Melaka serta di pantai barat Sabah pada waktu ini dan dijangka berakhir sama ada akhir bulan ini atau bulan depan (Oktober).
“Fenomena garis badai lazimnya berlaku pada lewat malam atau awal pagi dan tempoh hayat angin kencang dan hujan lebat adalah singkat berikutan pergerakan dan perubahan awan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian ribut serta hujan lebat yang melanda hampir semua kawasan di Perlis malam tadi sehingga menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang meragut nyawa selain kerosakan rumah. dan kemudahan awam serta banyak pokok tumbang selain gangguan bekalan elektrik.
Mohd Hisham berkata, orang ramai harus sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan berada di tempat yang selamat pada kadar segera, serta tidak mengambil risiko untuk meneruskan pemanduan atau menunggang motosikal ketika cuaca buruk.
“Stesen Meteorologi di Chuping, Perlis, malam tadi merekodkan kelajuan angin melebihi 70 km sejam. Kelajuan angin ini bahaya untuk orang ramai berada di kawasan risiko dan terbuka kerana ia boleh mengakibatkan pokok tumbang dan lain-lain barang yang mungkin melayang.
“MetMalaysia sentiasa memantau situasi cuaca ekstrem ini dan akan mengeluarkan amaran kepada orang ramai dan melaporkan ramalan cuaca untuk pengangkutan udara dan laut,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca pada telefon bimbit pintar, laman sosial Facebook Malaysiamet dan Twitter @malaysianmet, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638). – Bernama
Bernama
Mon Sep 17 2018

MetMalaysia sentiasa memantau situasi cuaca ekstrem ini dan akan mengeluarkan amaran kepada orang ramai dan melaporkan ramalan cuaca untuk pengangkutan udara dan laut. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu - MetMalaysia
Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari.

Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.

Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju
Hujan antara 150 mm hingga 347 mm telah membasahi Jeju dari Jumaat hingga awal pagi Sabtu, termasuk 333 mm di kawasan pergunungan utara.

Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Taufan Yagi iaitu taufan ke-11 tahun ini, kini bergerak ke timur Laut China Selatan dan semakin menghampiri Pulau Hainan.

Hujan, ribut petir hingga Ahad di kebanyakan tempat
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.

Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.

413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak
PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.

Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).