SHAH ALAM: Penggunaan Sistem Pengurusan Imbangan Air Negara (Nawabs) membolehkan ramalan kemungkinan kemarau diketahui dua bulan lebih awal, manakala amaran berlaku kemarau dapat diperoleh 14 hari lebih awal.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor Nasser Salim berkata amaran awal Nawabs itu membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian bagi meminimumkan kesan bencana itu.
"Bila (berdepan situasi) krisis (kemarau), keutamaan (bekalan air) akan diberikan kepada (pengguna) domestik. Jadi kita memberikan data yang diperlukan untuk kerajaan negeri membuat keputusan, cukup atau tidak (bekalan air). Itu adalah apa yang kita boleh bantu," katanya kepada media baru-baru ini.
Beliau berkata di Selangor terdapat dua lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Bernam dan Lembangan Sungai Klang terlibat dengan Nawabs, dengan kedua-duanya dalam status pengoperasian.
Nawabs dibangunkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mac lepas, memaklumkan pembangunan Nawabs melibatkan 19 lembangan sungai.
Nasser berkata selain data JPS, maklumat berkaitan amaran bencana juga diperoleh melalui kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mempunyai sistem radar yang canggih, dengan amaran kemarau atau banjir, juga dikongsikan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tindakan sewajarnya.
Berhubung aspek sekuriti air, Nasser berkata Selangor mempunyai tujuh empangan bagi tujuan storan air bagi bekalan penggunaan domestik, pertanian dan perindustrian di negeri itu terutamanya pada musim kemarau.
"Di Selangor, ada satu jawatankuasa bencana yang memantau peratusan takungan air di empangan setiap hari dan daripada situ, kita dapat tahu jika berlaku penurunan (paras air) ketara, membolehkan tindakan segera diambil," katanya dan menambah setakat ini, kapasiti empangan adalah mencukupi iaitu melebihi 78 peratus.
Selain itu, Nasser berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menyelaras bantuan antara operator air negeri semasa menghadapi krisis bekalan air akibat bencana alam atau faktor luar jangka, dalam pemberian bantuan teknikal, bantuan bekalan atau yang berkaitan.
Ditanya mengenai isu banjir kilat di Selangor, Nasser menyatakan pelbagai faktor boleh menyebabkan kejadian itu, termasuk pembuangan sampah ke sistem perparitan selain pembukaan atau perubahan tanah secara tidak terancang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian. - Gambar hiasan/Bernama
Majikan adalah arkitek tenaga kerja masa depan negara
Golongan majikan perlu melihat peranan mereka bukan sekadar pencipta pekerjaan, tetapi juga sebagai arkitek tenaga kerja masa depan negara.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Tribunal hak cipta bakal terima kes pertama
Malaysia akan mencatat kes pertama di Tribunal Hak Cipta pada 19 Mac, sebagai satu langkah penting dalam perlindungan hak cipta negara.
Sapura Energy belum dihubungi SPRM
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
Bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan selamat menyambut hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada rakyat negeri ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.