TUMPAT:Nurul Asma Alya Mohamad Zainai Abidin, 21, pelajar cemerlang yang dilaporkan tidak dapat menyambung pengajian kerana kekangan kewangan, bersyukur kerana masalahnya selesai selepas kisahnya disiarkan Astro AWANI.
Bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota itu, terharu kerana masalah dihadapinya mendapat perhatian banyak pihak termasuk orang persendirian.
Nurul Asma Alya menjelaskan, sejak berita berkenaan disiarkan pada Selasa, pelbagai pihak tampil untuk membantu termasuk yang terbaharu adalah pendakwah terkenal Ebit Lew.
Selain Ebit, Nurul Asma Alya berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Pelajaran Mara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan negeri adalah antara yang tampil menghulurkan sumbangan dan sokongan.
Selain itu, dia turut memaklumkan menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk orang persendirian yang sangat prihatin.
BACA: Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma
BACA: Berdepan kekangan kewangan, Nurul Asma Alya mohon bantuan untuk teruskan pengajian
"Antara yang menghubungi saya juga ialah pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan biasiswa bagi menyambung pengajian peringkat ijazah dalam negara. Bagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran itu dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga.
"Ini kerana saya ingin mengambil kursus profesional 'The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)', bahkan beberapa pihak juga menasihatkan saya untuk mengambil ACCA," katanya kepada Astro AWANI.
Nurul Alya juga kini semakin bersemangat untuk menyambung pengajian di dalam negara selepas segala kelengkapan termasuk tablet dan komputer riba sudah dimiliki.
Ibunya, Nuriha Mohd Nor, 55, turut terharu dengan bantuan yang datang mencurah-curah termasuk sumbangan kewangan yang mana ia kini disifatkan lebih daripada mencukupi.
"Siapa sangka dalam satu hari, selepas berita mengenai Alya disiarkan Astro AWANI, kesannya mengejutkan, Allah permudahkan segalanya, semoga Allah membalas jasa baik dan saya mendoakan agar penyumbang dan semua pihak terlibat mendapat rahmat Allah," katanya dalam nada sebak.
Nurul Asma Alya sebelum ini mendapat perhatian Astro AWANI selepas menyatakan terputus bekalan makanan dan tidak dapat menyambung pengajian akibat kekangan kewangan.
Keadaan lebih meruncing apabila Nuriha tidak dapat berkerja kerana kantin sekolah tempatnya mencari rezeki ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muhafandi Muhamad
Thu Feb 11 2021
![Rezeki mencurah-curah, pelajar cemerlang Nurul Asma Alya tidak sangka prihatinnya rakyat Malaysia Rezeki mencurah-curah, pelajar cemerlang Nurul Asma Alya tidak sangka prihatinnya rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613037730_EbitLew.jpg)
Ebit Lew bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai Nurul Asma Alya Mohd Zainal yang memerlukan bantuan. - Gambar/ Facebook@Ebit Lew
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam nahas enam kenderaan Penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam nahas enam kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738555926_TBmaut.jpg)
Penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam nahas enam kenderaan
Seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam.
![Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731246238_EminaKulasicBongE.jpg)
Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM
Emina berkata walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, dia masih menjadikan media sosial sebagai pilihan kedua dalam karier hidupnya.
![UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727609113_FadlinaSIdek.jpg)
UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian
Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS menarik perhatian Menteri Pendidikan.
![Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723670962_ShimZiJunNurulN.jpg)
Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.
![Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721783647_MuhammadSyahidAmma.jpg)
Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.
![Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721780126_FarriezsMohdYunus.jpg)
Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.
![Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023 Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721777096_NurhafizahAbdulRas.jpg)
Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.
![Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719743045_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.
![Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711494822_AbdulRazak.jpg)
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
![Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698629120_PelajarCemerlang.jpg)
Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.