KEPALA BATAS: Orang ramai di Pulau Pinang teruja apabila akhirnya dapat bersahur di kedai makan setelah hampir dua tahun tidak berbuat demikian sejak negara dilanda COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di restoran nasi kandar di Kepala Batas mendapati suasana awal pagi begitu meriah apabila ramai yang memilih untuk bersahur di restoran pada malam pertama Ramadan.
Beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kebenaran restoran beroperasi semula selama 24 jam selepas peralihan negara ke fasa endemik memudahkan mereka dan juga pekerja yang bekerja syif malam membeli makanan dan minuman.
"Rasa meriah sangat, di sini memang kawasan tarikan bagi orang Kepala Batas untuk bersahur, memang tiap-tiap tahun sebelum ini macam ini, meriah, sebab ada makanan panas, memang banyak menu, ada ayam goreng, kita memang cari macam itu.
"Lagi satu orang Pulau Pinang ini memang suka nasi kandar. Saya baru balik kerja jadi mudah untuk terus bersahur. Satu lagi sebab sini (restoran) dekat dengan hospital, jadi mana yang bekerja malam mereka boleh datang ke sini, suasana meriah.
"Tahun lepas kita tak boleh bersahur macam ini, jadi malam ini meriah walaupun kita jaga SOP tapi suasana itu masih meriah," kata pekerja farmasi, Shazrin Mohd Yusof.
Jendela Ramadan
Sementara itu, Pengurus Restoran, Raja Mohamad Abdul Kader berkata, sambutan diterima daripada pelanggan adalah di luar jangkaan pihaknya.
Katanya meskipun berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja, pihaknya gembira kerana kerajaan membenarkan kedai makan beroperasi 24 jam.
Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, restorannya akan beroperasi bermula jam 5 petang sehingga 6 pagi.
"Hari ini terlalu ramai pelanggan, tidak sempat nak layan, pekerja pula tak cukup, semua letih.
"Kami mula beroperasi jam 5 petang tadi sampai sekarang jam 1.30 pagi dan sekarang nak sambung sampai habis sahur nanti," kata pengurus restoran, Raja Mohamad Abdul Kader.
Operasi kedai makan yang sebelum ini dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja kini mendapat kebenaran untuk dibuka dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, had masa operasi premis makanan kini dimansuhkan dan pemilik boleh menjalankan operasi selama 24 jam mengikut syarat lesen operasi mereka.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Apr 02 2022

Suasana awal pagi begitu meriah apabila ramai yang memilih untuk bersahur di restoran pada malam pertama Ramadan. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.