IPOH: Sebuah restoran 24 jam yang beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan diarah tutup selepas diperiksa dalam Operasi Khas Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di sekitar Station 18 di sini pada Jumaat.
Dalam pemeriksaan bermula sekitar jam 9.30 malam itu mendapati, premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.
Pemeriksaan dilakukan juga mengesan, barangan masakan seperti mi segera, bawang, kentang dan tepung dibiarkan dalam keadaan terbuka dan hanya ditempatkan di laluan tangga kediaman pekerja.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, arahan penutupan selama 14 hari itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Kalau boleh diberi penilaian mengenai tahap kebersihan premis ini, saya akan beri markah kosong.
"Keadaannya sangat teruk sehingga boleh membuatkan kita rasa loya dan hampir muntah.
"Saya sangat sedih dan tidak boleh terima perkara seumpama ini masih berlaku di premis makanan sedangkan di luar ramai pelanggan dan mereka tidak tahu pun keadaan sebenar," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan polis itu turut disertai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Noor Rizawati Mahpot dan Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.
Sivanesan berkata, operasi sama telah digerakkan di seluruh negeri bertujuan menambah baik isu kebersihan premis makanan khususnya yang beroperasi 24 jam dan premis-premis yang beroperasi pada sebelah malam.
Katanya, sebanyak 359 premis terlibat dalam pemeriksaan tersebut dan sejumlah 316 notis kesalahan dikeluarkan kepada pengendali makanan melibatkan kompaun RM44,200 kerana tidak mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
"Bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 81 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun lebih RM20,000.
"Operasi kali ini turut dijalankan aktiviti pensampelan makanan dan swab pengendali makanan bagi menentukan tahap kebersihan sebenar premis," katanya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 5,443 pemis makanan diperiksa melalui aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
"Daripada jumlah itu, 1,330 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM244,176 dan sebanyak 31 premis makanan pula telah dikenakan perintah penutupan sementara kerana premis tidak suci," katanya.
Dalam pada itu, petugas media yang mengikuti pemeriksaan di empat restoran makanan dimaklumkan, penempatan pekerja di semua premis berkenaan tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTK.
Mengulas perkara itu, Sivanesan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pihak majikan melakukan pelbagai pelangaran Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.
Kesalahan itu termasuklah tiada kontrak kerja, tiada penyata gaji, gagal melaporkan penggajian pekerja asing dan bayaran kerja lebih masa yang tidak mengikut akta ditetapkan.
"Jumlah pekerja terlibat dalam isu ini adalah seramai 61 warga asing dan 20 warga tempatan, namun saya yakin jumlah sebenar adalah lebih ramai.
"Akta kita tidak mengasingkan pekerja asing dan tempatan jadi saya telah minta kepada Pengarah JTK dapatkan kenyataan daripada mereka mengenai pelanggaran ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 22 2024

Sivanesan meninjau keadaan bahagian mencuci pinggan milik sebuah premis makanan dalam operasi pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
MBSB isytihar dividen tunai tunggal RM1.80 sen sesaham bagi 2024
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen tunai tunggal peringkat pertengahan sebanyak RM1.80 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
LHDN kesan 66,000 perniagaan e-dagang gagal patuh cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sejak 1 Ogos 2024.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Semua kakitangan sedia ada MASWings akan diserap sepenuhnya ke dalam pengoperasian AirBorneo, selaras dengan perjanjian yang ditetapkan.
IMF jangka ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ini
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, keadaan ekonomi yang menggalakkan memberi peluang untuk mengukuhkan penampan dasar makroekonomi dan mempercepatkan pembaharuan struktur.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, keadaan ekonomi yang menggalakkan memberi peluang untuk mengukuhkan penampan dasar makroekonomi dan mempercepatkan pembaharuan struktur.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28.
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

'Restoran ini kotor hingga saya rasa loya, hampir muntah' - Exco Perak
Pemeriksaan mendapati premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.

Najis tikus dalam stor simpan bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup
MBPP berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.

Simpan alatan memasak dalam jamban, kedai makan kotor diarah tutup
JKNK mengarahkan lapan premis menjual makanan di sekitar Pasir Puteh dekat sini ditutup selepas gagal mencapai tahap kebersihan yang telah ditetapkan.

Restoran di Sandakan diarah tutup 14 hari akibat terlalu kotor
Restoran berkenaan dikenakan perintah tutup selama 14 hari dan diarah agar segera menjalankan kerja pembersihan.

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan 'bawah pokok' diarah tutup
Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.

Sebanyak 13 premis makanan kotor diarah tutup
Kesemua premis yang diarah tutup itu telah diberi tempoh selama 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 10 dan 11 Akta Makanan 1983.

Sampai bila pilih premis makanan kotor?
Adakah melihat tikus-tikus berkeliaran di bawah kerusi dan meja di medan selera suatu yang dianggap biasa di Malaysia?